awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan SAR QZ8501 diperluas kepada 13 sektor - Panglima Tentera Laut

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2014
06:28 MYT
Kawasan SAR QZ8501 diperluas kepada 13 sektor - Panglima Tentera Laut
ABDUL AZIZ: Kawasan SAR QZ8501 diperluas kepada 13 sektor - Gambar fail
Kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura diperluas dan ditambah kepada 13 sektor.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya memberitahu, kawasan untuk sektor 1 dan 2 adalah seluas 8,100 batu nautika.
#QZ 8501:Kawasan Pencarian diperluas dan ditambah kpd 13 Sektor. Sektor I dan II keluasan 45 x 180 nm = 8100 sq nm. pic.twitter.com/vzMgT7J5jy
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) December 30, 2014
Jelasnya, keluasan sektor pencarian misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak Ahad oleh Kapal KD Pahang adalah seluas 25,200 batu nautika.
Maklumnya, ia adalah pembahagian kepada 3,600 batu nautika bagi setiap sektor.
#QZ 2501: Setiap Sektor seluas 3,600 sq nm (60x60 nm). Keseluruhan kawasan pencarian seluas 25,200 sqnm. pic.twitter.com/qccbw05m7c
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) December 29, 2014
Jelasnya, KD Pahang juga sudah tiba di kawasan sektor petang pada pukul 3.30 petang Isnin dan tiada sebarang penemuan sehingga semalam.
#QZ 8501: KD Pahang tiba sektor ptg tadi jam 1530. Tiada penemuan setakat ini. Cuaca kod laut 4-5. Kelajuan angin 15-20 knots.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) December 29, 2014
Tambah Abdul Aziz, KD Lekir pula telah memasuki sektor pada pukul 7 pagi Selasa dan menuju sektor 2 selain memaklumkan KD Pahang juga masih mencari di sektor 1.
#QZ 8501: KD Lekir telah memasuki Sektor sejak 0700. Sedang menuju Sektor 2. KD Pahang masih mencari di Sektor 1. pic.twitter.com/uvDmLkt28I
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) December 30, 2014
Ujarnya, sektor pencarian pada hari ketiga juga bermula dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga diperuntukkan sektor 1 dan 2 untuk misi pencarian tersebut.
#QZ 8501: Sektor Pencarian baru bermula pada Hari ke-3 Pencarian. TLDM diperuntukkan Sektor 1 dan 2. pic.twitter.com/bwGlzjJXgY
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) December 29, 2014
Sektor utara dibahagi kepada dua bahagian iaitu sektor yang dipantau TLDM.
Sektor yang terdekat dengan Pontianak, Kalimantan pula dipantau Tentera Laut Republik Singapura.
Lima sektor lain adalah yang dipantau Tentera Nasional Indonesia (TNI) iaitu Sektor Unsur TNI1, TNI2 dan Patkamla (Patrol Keamanan Laut) PTK selain Sektor Unsur Bakamla (Badan Keamanan Laut) dan Lanal Babel (Bangka Belitung) dan Sektor Unsur Basarnas/DA & BC.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Indonesia
#Malaysia
#QZ8501
#SAR
#Singapura
#Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
#zon pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan