[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
AIRASIA-QZ8501

Kawasan SAR QZ8501 diperluas kepada 13 sektor - Panglima Tentera Laut

Astro Awani 30/12/2014 | 06:28 MYT
ABDUL AZIZ: Kawasan SAR QZ8501 diperluas kepada 13 sektor - Gambar fail
Kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura diperluas dan ditambah kepada 13 sektor.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya memberitahu, kawasan untuk sektor 1 dan 2 adalah seluas 8,100 batu nautika.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya, keluasan sektor pencarian misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak Ahad oleh Kapal KD Pahang adalah seluas 25,200 batu nautika.
Maklumnya, ia adalah pembahagian kepada 3,600 batu nautika bagi setiap sektor.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya, KD Pahang juga sudah tiba di kawasan sektor petang pada pukul 3.30 petang Isnin dan tiada sebarang penemuan sehingga semalam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Abdul Aziz, KD Lekir pula telah memasuki sektor pada pukul 7 pagi Selasa dan menuju sektor 2 selain memaklumkan KD Pahang juga masih mencari di sektor 1.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ujarnya, sektor pencarian pada hari ketiga juga bermula dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga diperuntukkan sektor 1 dan 2 untuk misi pencarian tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sektor utara dibahagi kepada dua bahagian iaitu sektor yang dipantau TLDM.
Sektor yang terdekat dengan Pontianak, Kalimantan pula dipantau Tentera Laut Republik Singapura.
Lima sektor lain adalah yang dipantau Tentera Nasional Indonesia (TNI) iaitu Sektor Unsur TNI1, TNI2 dan Patkamla (Patrol Keamanan Laut) PTK selain Sektor Unsur Bakamla (Badan Keamanan Laut) dan Lanal Babel (Bangka Belitung) dan Sektor Unsur Basarnas/DA & BC.
#AirAsia #Indonesia #Malaysia #QZ8501 #SAR #Singapura #Tan Sri Abdul Aziz Jaafar #zon pencarian