MALAYSIA
Kawasan tanaman sawit dijangka cecah 5.64 juta hektar pada 2025 - Chan
Chan menyampaikan ucapan perasmian pada Pameran Teknologi Agrikultur Antarabangsa Malaysia 2025 di MITEC hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan penanaman sawit dijangka berkeluasan 5.64 juta hektar tahun ini, meningkat sedikit daripada 5.61 juta hektar pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
Beliau berkata pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh peningkatan kawasan belum matang susulan daripada aktiviti penanaman semula yang dijalankan sebelum ini.
"Bagi tempoh separuh pertama 2025, industri minyak sawit menjana eksport berjumlah RM53.43 bilion atau peningkatan 9.3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
"Secara keseluruhannya, industri itu menyumbang sebanyak 2.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dipacu oleh jaringan pekebun kecil yang mengendalikan kawasan seluas 24.6 peratus selain menyokong hampir 450,000 keluarga," katanya pada majlis perasmian acara Pameran Teknologi Pertanian Antarabangsa Malaysia atau Agri Malaysia 2025 di sini, hari ini.
Pada masa sama, Chan mengingatkan mengenai kemunculan cabaran semasa dan paling ketara adalah kadar purata tanaman semula yang rendah iaitu hanya dua peratus.
Angka itu, katanya, lebih rendah daripada sasaran tahunan empat peratus yag boleh memberi risiko jangka panjang terhadap produktiviti serta kelangsungan eksport.
"Susulan itu, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta dalam bentuk geran padanan bagi 2025 dan mencadangkan dana tanaman semula RM1.4 bilion selama limaa tahun (2026-2030) untuk memacu kapasiti pekebun kecil selain memastikan asas eksport minyak sawit kekal berdaya tahan dan mampan," katanya.
Chan juga optimis pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diunjur meraih momentum, dan mencecah sekurang-kurangnya 19.50 juta tan pada 2025 yang didorong oleh beberapa faktor.
Pertama, katanya, merujuk kepada ketersediaan tenaga kerja lebih baik melalui kelulusan kuota khas pekerja asing oleh kerajaan yang dapat memendekkan selang masa menuai dan seterusnya meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS).
"Kedua pula merangkumi penggunaan baja lebih kukuh pada 2024, didorong oleh harga MSM yang lebih tinggi serta kos input lebih rendah yang dijangka meningkatkan hasil dan produktiviti pada 2025.
"Ketiga, kita kekal berwaspada terhadap risiko luaran, terutama musim monsun semasa yang mungkin menyebabkan banjir berpanjangan di sesetengah kawasan. Keadaan ini boleh merosakkan pokok sawit, mengganggu aktiviti menuai dan menjejaskan kualiti buah dan memberi kesan kepada pengeluaran," katanya.
Bercakap kepada wartawan pada sidang media kemudiannya, Chan berkata kementerian itu menggalakkan petani, penanam dan pekebun di seluruh Malaysia untuk meneroka teknologi pertanian baharu, seperti automasi, mekanisasi dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan kos dan daya saing keseluruhan sektor.
"Kita menggalakkan kalangan petani, penanam dan peladang untuk menggunakan teknologi terkini. Lebih banyak individu menggunakan teknologi baharu seperti AI yang menjadikannya lebih jimat kos.
"Kerajaan berharap dapat menggalakkan kitaran positif ini agar kita tidak lagi bergantung kepada pekerja asing. Inilah kemajuan ke arah automasi dan mekanisasi," katanya.
Acara Agri Malaysia 2025 itu berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 11-13 September 2025.
Bertemakan "Pertanian Inovatif Futuristik," edisi ke-8 itu menghimpunkan 450 pempamer, 650 gerai atau reruai, 900 jenama dan 13,000 profesional perdagangan dari 18 negara.
Pameran yang memberi tumpuan terhadap minyak sawit, durian, buah-buahan dan sayur-sayuran serta pertanian tanah tinggi dan tanah rendah, turut memaparkan kekuatan dan kepelbagaian sektor pertanian, perladangan dan komoditi Malaysia.
-- BERNAMA