SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus mempelbagaikan platform pendedahan dalam membantu pertubuhan atau persatuan belia dalam negara mendepani cabaran transisi perubahan umur belia.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata rentetan itu, Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) yang juga inisiatif baharu KBS antara lain bertujuan memberi penerangan lanjut kepada golongan sasar berhubung pelaksanaan Pelan Transisi Kepimpinan Belia.
"Di samping memberi penerangan terhadap Akta 668 (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007), program ini bertujuan merekrut lebih ramai pemimpin dan ahli baharu dalam sesuatu persatuan," katanya kepada pemberita di Program Kembara JOM di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini semalam.
Program itu, yang juga inisiatif KBS melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia serta Jabatan Belia dan Sukan Negara, membolehkan pemegang taruh memberikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi kementerian.
Maklum balas dan pandangan terbabit akan digunakan bagi memuktamad pelan itu yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta 668.
Antara kandungan utama pindaan Akta 668 ialah penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun dan penetapan had umur ketua atau pemegang jawatan pertubuhan itu dari 18 hingga 30 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
ADAM ADLI: Di samping memberi penerangan terhadap Akta 668, program ini bertujuan merekrut lebih ramai pemimpin dan ahli baharu dalam sesuatu persatuan. - Gambar fail/BERNAMA
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
KBS pelbagaikan platform, bantu pertubuhan depani cabaran transisi umur belia
Program Kembara Jumpa Orang Muda antara lain bertujuan memberi penerangan lanjut berhubung pelaksanaan Pelan Transisi Kepimpinan Belia.