MALAYSIA
KBS rangka pelan strategik e-sukan 2026-2030 sebagai pemacu ekonomi baharu
Hannah berkata sesi libat urus sedang dilaksanakan bagi memastikan pelan ini mengambil kira pencapaian, cabaran dan penambahbaikan daripada pelan terdahulu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini merangka Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik 2026–2030 bagi memperkukuh ekosistem e-sukan negara, bukan sekadar sebagai hiburan belia, tetapi juga sebagai sektor ekonomi baharu yang berpotensi tinggi.
Ringkasan AI
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata sesi libat urus sedang dijalankan bagi memastikan pelan ini mengambil kira pencapaian, cabaran serta penambahbaikan daripada pelan terdahulu.
“Pelan strategik ini akan menetapkan hala tuju pembangunan e-sukan negara bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan fokus kepada pembangunan bakat, penyediaan infrastruktur sokongan, pengukuhan ekosistem industri, penambahbaikan tadbir urus, serta pembinaan kerjasama strategik bersama sektor swasta dan rakan antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, mengenai dasar kementerian terhadap pertumbuhan pesat e-sukan dan potensinya sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.
KBS optimis bahawa pelan ini akan menjadikan e-sukan sebagai pemacu utama ekonomi digital negara, di samping melahirkan bakat profesional yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Ringkasan AI
- KBS merangka Pelan Strategik E-Sukan 20262030 untuk memperkukuh ekosistem e-sukan sebagai sektor ekonomi baharu, bukan sekadar hiburan belia.
- Fokus pelan termasuk pembangunan bakat, infrastruktur sokongan, tadbir urus dan kerjasama strategik dengan sektor swasta serta rakan antarabangsa.
- KBS yakin e-sukan mampu menjadi pemacu ekonomi digital negara dan melahirkan bakat profesional bertaraf global.