MALAYSIA

KBS sasar Malaysia juara keseluruhan Sukan SEA 2027

Faida Rahim 15/01/2026 | 08:15 MYT
Dr Mohammed Taufiq berkata persediaan matang dan garis masa yang jelas akan memastikan Malaysia kekal di puncak prestasi sukan di peringkat antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan sasaran optimis untuk muncul sebagai juara keseluruhan pada temasya Sukan SEA 2027, sekali gus mengulangi pencapaian cemerlang Malaysia sebagai kuasa sukan di rantau ini.


Ringkasan AI
  • Kementerian Belia dan Sukan menetapkan sasaran untuk menjadi juara keseluruhan Sukan SEA 2027, menegaskan kesungguhan Malaysia dalam bidang sukan di rantau ini.
  • Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, menyatakan bahawa persediaan matang dan garis masa yang jelas akan memastikan Malaysia kekal di puncak prestasi sukan di peringkat antarabangsa.
  • Penganjuran Sukan SEA 2027 tidak hanya menonjolkan kecemerlangan sukan, tetapi juga penting untuk mengukuhkan keupayaan kepimpinan negara serta mendapat pengiktirafan antarabangsa terhadap kredibiliti Malaysia sebagai tuan rumah yang berkualiti.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kementerian telah pun merangka garis masa yang jelas termasuk penganjuran pelbagai bengkel persediaan bagi memastikan setiap jenis sukan mampu menyumbang kepada sasaran jumlah pingat yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa edisi 2027 bukan sekadar mengenai pencapaian sukan, malah ia merupakan medan penting untuk membuktikan keupayaan kepimpinan negara di mata dunia melalui penganjuran yang berkualiti.

"Kita sangat optimis untuk mengekalkan kejuaraan dan kedudukan ranking kita. Insya-Allah, kita akan pastikan Malaysia menjadi yang terbaik dalam Sukan SEA 2027.

"Garis masa kita sangat jelas dan saya yakin dengan kombinasi pasukan mantap di bawah KBS, kita mampu mencapainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis amanat bagi pembukaan tahun 2026 bersama atlet dan jurulatih di Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol dan Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin.

Beliau turut menyifatkan penganjuran kali ini sebagai platform utama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia, selain menjadi kayu ukur terhadap kepercayaan negara-negara luar kepada kredibiliti Malaysia sebagai penganjur.

"Penganjuran ini amat penting bagi negara, bukan sahaja dari sudut sukan tetapi juga soal kepercayaan antarabangsa terhadap kepimpinan kita.

"Saya bersama pasukan KBS akan memastikan penganjuran ini menjadi antara yang terbaik pernah diadakan," tambahnya.

Beliau juga menyeru kerjasama erat daripada semua pihak, khususnya agensi di bawah KBS, untuk memastikan setiap perancangan berjalan lancar bagi memenuhi aspirasi negara.

Untuk rekod, ketika kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi 2017, kontinjen negara melakar sejarah apabila muncul juara keseluruhan dengan kutipan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk Sukan SEA 2027?
    A: KBS meletakkan sasaran optimis untuk menjadi juara keseluruhan pada temasya Sukan SEA 2027.
  • Q: Apa yang ditekankan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkaitan dengan Sukan SEA 2027?
    A: Dr Mohammed Taufiq Johari menegaskan pentingnya penganjuran Sukan SEA 2027 sebagai medan untuk membuktikan keupayaan kepimpinan negara di mata dunia.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh KBS bagi mencapai sasaran jumlah pingat yang ditetapkan untuk Sukan SEA 2027?
    A: KBS telah merangka garis masa yang jelas dan mengadakan pelbagai bengkel persediaan untuk memastikan setiap jenis sukan mampu menyumbang kepada sasaran pingat yang ditetapkan.
  • Q: Bagaimana Malaysia berprestasi ketika menjadi tuan rumah pada Sukan SEA edisi 2017?
    A: Pada edisi 2017, Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan kutipan 145 pingat emas, 92 perak, dan 86 gangsa.
  • Q: Apakah yang ditekankan oleh Menteri Belia dan Sukan berkaitan dengan penganjuran Sukan SEA 2027?
    A: Menteri Belia dan Sukan menekankan bahawa penganjuran Sukan SEA 2027 bukan sekadar mengenai pencapaian sukan, tetapi juga penting untuk memperlihatkan kepercayaan antarabangsa terhadap kepimpinan Malaysia.



#Kementerian Belia dan Sukan #Mohammed Taufiq Johari #Sukan SEA #Majlis Sukan Negara #juara keseluruhan