MALAYSIA
KBS sokong keputusan BAM hantar skuad terkuat ke Sukan SEA 2025 - Hannah
Hannah tegaskan isu keletihan atlet bukan kebimbangan utama kerana BAM akan buat pelarasan terbaik walaupun Sukan SEA berlangsung beberapa hari sebelum Jelajah Dunia Akhir. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penuh keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menghantar skuad terkuat ke Sukan SEA Thailand 2025 kerana langkah itu selaras dengan strategi negara untuk bersaing secara kompetitif di peringkat serantau.
Ringkasan AI
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata langkah menamakan barisan utama termasuk dua juara dunia, iaitu beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dianggap wajar memandangkan negara seperti Indonesia dan Thailand dijangka turut menurunkan pemain elit mereka.
"Strategi sukan untuk kita menang, untuk kita bagi pendedahan tetapi kena pastikan itu bersesuaian dengan atlet kita.
"Seperti yang saya nyatakan, pengalaman di Kemboja menyaksikan kita hantar pelapis, badminton sukan popular untuk memperoleh pingat, bila kita tak menang pingat (emas), rakyat tak puas hati," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Remaja Asia 2025, Bahrain dan Temasya Sukan Perpaduan Islam 2025, Arab Saudi di KBS, di sini hari ini.
Beliau berkata isu keletihan pemain tidak menjadi kebimbangan utama walaupun Sukan SEA dijadualkan dari 9 hingga 20 Dis, hanya beberapa hari sebelum Jelajah Dunia Akhir 2025 (17-21 Dis) kerana BAM dan barisan jurulatih pasti akan membuat pelarasan terbaik bagi menjaga prestasi atlet.
Selain Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei, BAM turut menyenaraikan naib juara beregu wanita dunia 2025 Pearly Tan-M. Thinaah, perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan Justin Hoh, serta perseorangan wanita K. Letshanaa dan Wong Ling Ching.
Turut disenaraikan ialah beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun, beregu wanita Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dan beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.
Kesemua mereka juga akan mengambil bahagian dalam acara berpasukan.
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik pernah meraih pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina, manakala Tang Jie turut menggondol emas pada edisi 2021 di Vietnam ketika bergandingan dengan Peck Yen Wei.
Pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, skuad badminton negara sekadar meraih dua perak dan empat gangsa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KBS menyokong penuh keputusan BAM menghantar skuad badminton terkuat ke Sukan SEA Thailand 2025, termasuk juara dunia Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei, selaras dengan strategi negara untuk bersaing secara kompetitif.
- Hannah Yeoh tegaskan isu keletihan atlet bukan kebimbangan utama kerana BAM akan buat pelarasan terbaik walaupun Sukan SEA berlangsung beberapa hari sebelum Jelajah Dunia Akhir.
- Senarai pemain merangkumi barisan utama dan pelapis, termasuk Pearly-Thinaah, Leong Jun Hao, Justin Hoh, Letshanaa dan Wong Ling Ching, dengan penyertaan dalam acara individu dan berpasukan.