awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tangguh kehadiran penonton ke stadium

Bernama
Bernama
24/09/2021
14:09 MYT
KBS tangguh kehadiran penonton ke stadium
KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/penyokong ke venue bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah PPN fasa dua dan tiga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreasi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan bahawa penangguhan itu bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.
"KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/penyokong ke venue bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah PPN fasa dua dan tiga.
"Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Selasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada Rabu memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am itu dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM)," menurut KBS.
Menurut kenyataan itu, KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam.
Sebelum ini, Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berharap agar kerajaan membenarkan penyokong ke stadium bagi saingan Piala Malaysia musim ini yang memasuki ulang tahun ke-100.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#kehadiran penonton ke stadium
#fasa empat
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan