awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KD Pahang sudah tiba di sektor pencarian QZ8501

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2014
09:10 MYT
KD Pahang sudah tiba di sektor pencarian QZ8501
Zon pencarian dibahagikan kepada tujuh sektor. - Sumber foto Twitter Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz.
Peta kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura didedahkan kepada umum.
Zon pencarian tersebut dibahagikan kepada tujuh sektor dengan pembahagian dibuat berdasarkan nama kawasan dan juga pasukan pemantau yang ditugaskan.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya memberitahu, setiap sektor adalah seluas 3,600 batu nautika persegi (60x60 batu nautika). Keseluruhan kawasan pencarian adalah seluas 25,200 batu nautika persegi.
Sektor utara dibahagi kepada dua bahagian iaitu sektor yang dipantau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal KD Pahang telah sampai di zon itu dan telah memulakan pencarian.
Perkara itu disahkan oleh Abdul Aziz melalui tuit beliau:
Op SAR QZ8501: KD Pahang telah tiba di Sektor Utara yg dikhaskan kepada TLDM. Pencarian sedang giat dilaksanakan. pic.twitter.com/s0EUvEiKWl
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) December 29, 2014
Sektor yang terdekat dengan Pontianak, Kalimantan pula dipantau Tentera Laut Republik Singapura.
Lima sektor lain adalah yang dipantau Tentera Nasional Indonesia (TNI) iaitu Sektor Unsur TNI1, TNI2 dan Patkamla (Patrol Keamanan Laut) PTK selain Sektor Unsur Bakamla (Badan Keamanan Laut) dan Lanal Babel (Bangka Belitung) dan Sektor Unsur Basarnas/DA & BC.
airasia
peta SAR
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Indonesia
#Malaysia
#QZ8501
#SAR
#Singapura
#zon pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan