LABUAN: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) menggesa kerajaan mengembalikan status pulau bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan bagi meningkatkan pembangunan ekonominya.
Ahli Majlis Tertinggi KDCA, Peter Pikul berkata ekonomi Labuan cergas pada masa lalu, ditambah pula dengan status bebas cukai yang merupakan antara tarikan utama pulau itu.
"Bukan sahaja ekonomi rancak tetapi terdapat juga banyak peluang pekerjaan yang tersedia dan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan dulu.
"Apabila cukai dikenakan terhadap barangan tertentu, daya tarikan Labuan kelihatan terjejas," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Peter yang juga bekas Pengerusi KDCA Labuan berkata pengembalian status bebas cukai sepenuhnya akan mengaktifkan semula ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Labuan.
Untuk rekod, kerajaan telah menyenaraikan rokok dan produk tembakau sebagai barangan dikenakan bercukai di semua pulau bebas cukai termasuk Labuan sejak 1 Januari, 2021.
Sementara itu, berkongsi sentimen rakan-rakan beliau di Labuan, Peter yakin bahawa membina jambatan untuk menghubungkan Labuan dan Sabah akan membawa pelbagai manfaat kepada pulau itu dan kawasan sekitarnya.
"Jambatan itu pasti akan menyediakan mod pengangkutan yang lebih mudah dan pantas untuk orang ramai dan barangan kerana ketika ini Labuan hanya boleh diakses melalui udara dan laut.
"Sehingga kini, kebanyakan perniagaan di Labuan bergantung kepada perkhidmatan feri 'roll-on/roll-off' (Ro-Ro) sebagai pengangkutan mereka kerana ia secara relatifnya lebih murah tetapi ia mengambil masa terlalu lama dan tidak kos efektif," katanya.
Peter berkata jambatan akan lebih menjimatkan untuk perniagaan beroperasi dan berkembang, pengguna dan rakyat biasa akan mendapat manfaat.
"Ini adalah tanggungjawab penting kerajaan dan tadbir urus yang baik," katanya.
Peter berkata jambatan itu juga akan meningkatkan jumlah pelancong ke Labuan kerana ia akan menjadikan pulau tersebut lebih mudah diakses oleh pengunjung dengan lebih banyak pilihan dan kemudahan.
"Sejak akhir-akhir ini, wujud pertikaian secara berterusan berhubung keperluan jambatan Labuan-Sabah. Saya berharap pihak berkuasa mendengar suara rakyat mahukan pembinaan jambatan itu, ia sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kerajaan terhadap rakyat dan dorongan positif untuk meningkatkan ekonomi bukan sahaja Labuan tetapi juga kawasan sekitarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Peter berkata pengembalian status bebas cukai sepenuhnya akan mengaktifkan semula ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Labuan. - Foto Facebook Labuan Port Authority

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Agong, Putera Albert II berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan F1
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.

Cinta tidak berbalas, seorang lelaki disyaki bunuh wanita warga emas
Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang pada 9 Mei lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mei 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anwar menghadap Sultan Mizan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa keping gambar semasa sesi menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Ukraine nafi terlibat dalam serangan dron ke atas Moscow
Ukraine menafikan terlibat dalam serangan dron di Moscow, ibu negara Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan komited permudahkan aktiviti perniagaan, sokong pelaburan domestik - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited untuk meningkatkan dan mempermudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik.

Keputusan guna kedudukan, bekas MP Labuan bebas atau bela diri ditangguhkan 23 Jun
Rozman didakwa sebagai seorang pegawai badan awam telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan.

Siasat isu perkhidmatan feri tidak cukup - MP Labuan
Jabatan Laut Labuan diminta meneliti isu perkhidmatan feri yang tidak mencukupi bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan termasuk menyiasat jika terdapat penjualan tiket di pasaran gelap.

Keputusan kes salah guna kedudukan bekas Ahli Parlimen Labuan diketahui esok
Hakim Rozina Ayob dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

APMM Labuan tahan bot tunda langgar syarat lesen
Penahanan dilakukan pada jarak 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Papan pada 6.45 petang.

Sistem dalam talian Labuan FSA alami insiden keselamatan siber
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), badan kawal selia bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Malaysia (IBFC) Labuan mengalami insiden keselamatan siber.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: PM Anwar gembira dengan kemajuan ketara BIMP-EAGA
Beliau berkata negara anggota memuji komitmen teguh pemain utama pelancongan BIMP-EAGA dalam menggiatkan semula industri melalui penyelesaian inovatif.

Alunan lagu tradisi, tarian lemah-gemalai serikan Sidang Kemuncak ASEAN di Labuan Bajo
Mereka bukan hanya mengangkat tradisi, malah memelihara alam sekitar sebaiknya kerana jika tiada lagi alam, sudah pasti tradisi pun tiada.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: Anwar, Jokowi bincang lima agenda dalam pertemuan dua hala
Pertemuan empat mata itu berlangsung sehari sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Mei 2023 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: Perdana Menteri, isteri tiba di Labuan Bajo
Pesawat membawa beliau tiba pada jam 3.45 petang dan kehadiran pemimpin Malaysia itu disambut Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi.