Klasifikasi syarahan yang diberi agensi atau jabatan agama dan fatwa kepada mana-mana pendakwah asing yang memberi syarahan di negara ini akan digunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan susulan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tanggungjawab pihaknya adalah untuk menentukan sama ada individu berkenaan terlibat dengan aktiviti ekstrimis atau sebaliknya.
"Kita ada pegawai yang akan menentukan status pendakwah berkenaan selepas jabatan agama atau fatwa mengesahkan ajaran individu berkenaan salah.
"Kita pula akan menyiasat pendakwah terbabit dan memberi keputusan adakah individu berkenaan terlibat dalam isu ekstrimis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Junaidi mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mahu satu mekanisme diwujudkan bagi menapis pendakwah dari negara luar.
Ia bagi memastikan fahaman ekstrem termasuk berunsur militan tidak disebarkan di negara ini.
Jelas Wan Junaidi lagi, masyarakat juga perlu memahami portfolio kementeriannya yang berbeza dengan jabatan agama.
"Isu ajaran agama di bawah jabatan agama, isu ekstrimis di bawah kementerian kita," ujarnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkenalkan Akta Anti Keganasan bagi memerangi kegiatan keganasan dan mencegah usaha merekrut sukarelawan kononnya atas nama 'jihad'.
Kata Zahid lagi, Akta Anti Keganasan yang dicadangkan penubuhannya ketika pembentangan Kertas Putih berhubung keganasan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (IS) bakal mengguna pakai acuan Akta Pencegahan Jenayah (PCA).
Astro Awani
Fri Dec 05 2014
WAN JUNAIDI: KDN akan tentukan klasifikasi pendakwah ekstrimis - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Media yang beri ruang kepada kumpulan Daish akan dikenakan tindakan - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak media yang menyiarkan temuramah bersama kumpulan ekstrimis akan diambil tindakan.
KDN akan tentukan klasifikasi pendakwah ekstrimis - Wan Junaidi
Klasifikasi syarahan yang diberi agensi atau jabatan agama dan fatwa kepada mana-mana pendakwah asing yang memberi syarahan di negara ini akan digunakan KDN untuk tindakan susulan.
Wasatiyyah halang generasi muda terjebak gerakan ekstrimis - Khairy
Pemahaman berkenaan pendekatan Wasatiyyah di kalangan generasi muda mampu membendung penglibatan golongan itu dalam gerakan ekstremis agama, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Wisma Putra siasat dakwaan tiga rakyat terlibat aktiviti militan - Anifah
Kementerian Luar Negeri mengambil maklum berhubung dakwaan tiga rakyat negara ini yang disyaki terlibat dalam aktiviti militan di Syria sepertimana yang dilaporkan di dalam media.