awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN jamin insiden Lahad Datu akan selesai tanpa pertumpahan darah

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2013
13:33 MYT
KDN jamin insiden Lahad Datu akan selesai tanpa pertumpahan darah
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan pengusiran penceroboh bersenjata api di Lahad Datu, Sabah akan selesai tanpa melibatkan pertumpahan darah.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata polis dan agensi berkaitan akan memastikan proses penghantaran pulang berjalan lancar dan selamat.
Hishammuddin percaya Polis Diraja Malaysia mampu menyelesaikan kes berkenaan secara bijaksana.
Hishamuddin turut meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan khabar angin berkaitan insiden itu.
Malah tegasnya, situasi di Lahad Datu, Sabah adalah terkawal.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Paloh, Kluang Johor hari ini.
Polis sebelum ini mengesahkan kumpulan penceroboh memasuki Lahad Datu dan berlindung di sebuah surau di Kampung Tandou sejak Selasa lalu.
Melalui rundingan dengan pihak polis, kumpulan terbabit menuntut kerajaan Malaysia mengiktiraf mereka sebagai pasukan askar dan keturunan kesultanan.
Mereka juga mahu semua keturunan Sulu di Sabah tidak dihantar pulang.
Sementara itu dalam sidang media sama, Hishammuddin meminta pembangkang tidak mengeksploitasi isu pemberian kad pengenalan taraf kewarganegaraan tetap yang diberikan kepada golongan layak.
Tegasnya mereka sememangnya layak menerima kerakyatan.
Bagaimanapun, berikutan masalah tertentu termasuk menetap di kawasan terpencil serta tiada sijil kelahiran, menyebabkan mereka tidak mempunyai pengenalan diri.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Hishammuddin Hussien
#Kementerian Dalam Negeri
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan