awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
04/03/2024
22:00 MYT
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata CLAB, akan berperanan menguruskan proses temu duga di negara sumber, sehinggalah kepada penyediaan tempat tinggal dan gaji, bagi memastikan kebajikan pekerja. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Berhad (CLAB).
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan yang mencadangkan perkara itu berkata CLAB, akan berperanan menguruskan proses temu duga di negara sumber, sehinggalah kepada penyediaan tempat tinggal dan gaji, bagi memastikan kebajikan pekerja.
"Saya juga ada satu lagi pilihan, iaitu segala projek di bawah kerajaan sama ada pembinaan jalan, bangunan, jambatan dan cerun yang di bawah Perbelanjaan Pembangunan tahun ini berjumlah RM90 bilion, pekerja di bawah sektor itu diuruskan oleh CLAB.
"(Ini) supaya kita tidak ada lebihan pekerja asing dan tidak ada isu buruh paksa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 CLAB, di sini pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CLAB Abdul Rafik Abdul Rajis berkata pihaknya bersedia menguruskan sepenuhnya pengambilan pekerja asing bagi sektor pembinaan, bagi mengurangkan isu lambakan pekerja dalam industri tersebut.
"CLAB juga sedang menelusuri beberapa usaha sama dalam penyediaan pusat penginapan pekerja berpusat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
"CLAB juga turut mengadakan temu duga dan ujian fizikal terhadap pekerja binaan asing termasuk mengangkat besi, memotong kayu dan juga ujian kecergasan yang lain, bagi memastikan pekerja yang disediakan mengikut keperluan majikan," katanya.
Abdul Rafik berkata antara program lain yang telah disediakan CLAB ialah Program Ekspratriat, Program Perantisan bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan platform mencari kerja secara percuma untuk industri pembinaan di www.jobskillz.my.
CLAB ditubuhkan pada November 2003 oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bagi melaksanakan keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing.
Peranan utama CLAB, sebagai pemudah cara bagi menerima dan mentadbir pangkalan data maklumat berkaitan pekerja pembinaan asing yang memiliki permit sah daripada syarikat, yang telah menyiapkan projek dan mengagihkan semula mereka kepada syarikat pembinaan lain yang memerlukan khidmat pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#CLAB
#cidb
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan