KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bagi menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang telah beroperasi lebih 20 tahun.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan yang khusus untuk membangunkan NIISe agar sistem keimigresenan negara kekal relevan.
Beliau berkata ini termasuklah aspek sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta kedaulatan dan keselamatan negara.
“KDN sedar tahap keselamatan merupakan agenda utama kerajaan dan kementerian bertanggungjawab bagi memastikan semua rakyat dan penduduk merasakan benar-benar selamat untuk tinggal di dalam negara,” katanya semasa berucap melancarkan majlis berkenaan di sini hari ini.
Hamzah berkata perkara utama yang harus dipertingkatkan adalah kawalan di pintu-pintu masuk negara bagi memastikan setiap kemasukan telah dipastikan lulus tapisan dan benar-benar layak untuk memasuki negara ini.
“NIISe dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada 2024 dan saya yakin dengan pelaksanaan sistem baharu ini, perkhidmatan keimigresenan akan terus diperkasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara dapat dipelihara,” katanya.
Beliau berkata sistem imigresen sedia ada iaitu myIMMs perlu digantikan dengan satu sistem imigresen yang lebih canggih, bersepadu dan holistik dilengkapi dengan teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IOT) dan Analisis Data Raya (BDA).
Hamzah berkata syarikat IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd akan membangunkan sistem NIISe ini bersama KDN dan badan-badan bebas yang lain dalam tempoh 54 bulan akan datang.
“Sistem NIISe ini akan memodenkan perkhidmatan Jabatan Imigresen melalui aplikasi dengan ciri-ciri yang canggih dan terkini.
“NIISe juga akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan pelbagai faktor, yang memerlukan kombinasi kata laluan, ID dan biometrik pengguna sebelum kakitangan jabatan atau kementerian dibenarkan mengakses sistem,” katanya.
Hamzah berkata sebarang aktiviti dalam talian yang tidak teratur dan mencurigakan akan dapat dipantau secara menyeluruh melalui National Immigration Command Centre dan tindakan pencegahan dapat diambil lebih cepat dan berkesan berbanding sistem sedia ada.
Beliau berkata selain itu, NIISe juga dibangunkan dengan keupayaan untuk membuat saringan awal kepada pelawat yang ingin masuk sebelum tiba ke Malaysia dan kemudahan ini amat penting bagi memastikan negara dilindungi daripada ancaman keselamatan yang kian mencabar dan kompleks.
Hamzah berkata penggunaan ‘Risk Assesment Engine’ yang mengaplikasikan teknologi AI dan BDA secara bersepadu bersama data-data daripada agensi keselamatan yang lain merupakan ciri terbaharu dalam menyediakan mekanisme pemantauan, pengesanan risiko dan tindakan pencegahan secara proaktif.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
– Bernama
Bernama
Thu Apr 08 2021

Hamzah berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan yang khusus untuk membangunkan NIISe agar sistem keimigresenan negara kekal relevan. - Gambar/ Astro AWANI

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.

Pemalsuan Sijil | Bekas kerani bank babit kerugian RM1.435 juta
Seorang bekas kerani bank mengaku bersalah atas 55 pertuduhan menipu pelanggan dan memalsukan dokumen berkaitan pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) membabitkan kerugian kira-kira RM1.435 juta. Tertuduh, Mohd Sufian Talib, 36 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 420, 465 dan 467 Kanun Keseksaan.

RasuahBusters | Lebih 100 rakan strategik bergabung gerakkan kempen
Pasukan #RasuahBusters bergabung dengan lebih 100 rakan strategik terdiri daripada badan berwajib, badan bukan kerajaan (NGO) dan korporat untuk menggerakkan kempen membasmi budaya rasuah secara besar-besaran ke segenap lapisan masyarakat.

Sindiket Kartel | Tahanan reman lapan individu disambung
Lapan individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket kartel projek kerajaan disambung reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ramadan | Solat Tarawih kembali didirikan di surau, masjid
Menjelang awal Ramadan pada Selasa, jemaah di seluruh negara kembali mengimarahkan masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Di ibu negara, Surau Ar Rahman di World Trade Center Kuala Lumpur, turut sama menganjurkan ibadah berkenaan.

Kumpulan penyelidik asingkan diri 40 hari dalam gua, kaji kehidupan dalam gelap
Kumpulan yang terdiri daripada 15 lelaki dan wanita itu memasuki gua Lombrives, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Sepanyol pada 14 Mac lalu.

Hidupan Liar | Enam program tangani kepupusan Harimau Malaya
Tiga badan kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha menangani krisis populasi harimau belang atau lebih dikenali Harimau Malaya yang semakin pupus. Badan tersebut adalah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).

10 Berita Pilihan - (12 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Maaflah kalau ada orang cakap saya campur urusan pertukaran pegawai kanan polis' - Hamzah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.

Hamzah sedia strategi pertahan kerusi Parlimen Larut
Beliau berkata ia merupakan amalan biasa dalam politik untuk setiap parti bertanding meletakkan calon dan mengatur strategi masing-masing bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Audio tular: Zahid, Anwar belum buat laporan polis - Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan terdapat laporan polis yang dibuat, tetapi oleh orang lain.

KDN lancar Sistem Imigresen Bersepadu Nasional ganti myIMMs
Hamzah berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan yang khusus untuk membangunkan NIISe agar sistem keimigresenan negara kekal relevan.

KDN akan siasat ketulenan rakaman audio - Hamzah Zainuddin
Siasatan akan dilakukan bagi melihat sama ada rakaman audio itu tulen atau sebaliknya.

Bersatu, Pas sepakat bersama Perikatan Nasional hadapi PRU15
Pas dan Bersatu tegas menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

Dakwaan kartel dalam PDRM: Tak perlu lapor, terpulang kepada menteri - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid menjelaskan bahawa pendedahannya sebelum ini sekadar mahu membuka mata pegawai lain.

Kartel PDRM: Hamzah arah KPN sediakan laporan penuh, elak kekeliruan
"Saya tidak mahu perkara yang samar seperti ini, (ia telah) menimbulkan perasaan dan persepsi yang kurang baik," kata Hamzah.

MyKad palsu: Serah diri atau pulang ke negara asal
Pemilik MyKad palsu perlu menyerah diri atau pulang ke negara asal sebelum kad pengenalan digital (ID digital) diperkenalkan tahun ini.

Keputusan Xavier manifestasi keyakinan terhadap PM - Hamzah
PN menyifatkan sokongan beliau sebagai satu lagi manifestasi keyakinan terhadap kemampuan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu rakyat terutama ketika menghadapi cabaran pandemik.