MALAYSIA
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
KDN buka tempoh khas permohonan pekerja asing 2025 dari 19 Jan-31 Mac 2026 bagi bantu majikan urus permohonan teratur dan elak kesesakan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pembukaan tempoh khas permohonan pekerja asing 2025 dari 19 Januari hingga 31 Mac 2026 bagi membantu majikan mengurus permohonan dengan lebih teratur.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Hebat Hisham Mohd Yusoff, tempoh khas ini dilaksanakan sebagai respons kerajaan terhadap permintaan majikan bagi mengelak kesesakan.
"Apabila berlakunya kesesakan, kerajaan mengambil maklum terhadap keperluan dan permintaan daripada majikan, dan dengan itu bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan melalui pengumuman tempoh khas ini.
“Saya mohon majikan dan juga pemain industri untuk beri kerjasama datang awal dan jangan tunggu tarikh akhir baru hadir untuk memohon,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pada masa sama, Hebat Hisham mengulangi gesaan kepada majikan supaya membuat permohonan secara langsung tanpa menggunakan ejen atau pihak ketiga.
Beliau menjelaskan bahawa ejen yang didorong oleh keuntungan kadang-kadang membawa permohonan tidak lengkap atau mengambil nombor giliran yang bukan hak mereka, menimbulkan kekeliruan di Pusat Sehenti (OSC) Pengurusan Pekerja Asing.
Tambahnya, kakitangan kementerian akan membantu majikan melengkapkan dokumen bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan kos.
“Ia lebih mudah, tetapi ada majikan yang masih menggunakan ejen kerana tiada masa untuk hadir, dan kita (kementerian) sediakan ruang khas untuk bantu mereka,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan permohonan kuota pekerja asing bagi sektor perkhidmatan di bawah KPDN ditutup lebih awal pada 26 Disember, walaupun tarikh asal adalah 31 Disember, selepas kuota 30,000 pekerja hampir penuh.
Menyentuh isu tersebut, Hebat Hisham memaklumkan permohonan pada awal Oktober dan November rendah, purata 42 sehari, namun meningkat secara mendadak pada Disember kepada 185 permohonan sehari, hampir 350 peratus.
Menurutnya lagi, urusan permohonan bukan dikendalikan oleh KDN sahaja tetapi melibatkan Agensi Kawal Selia (AKS) daripada kementerian berlainan.
Hebat Hisham turut menjelaskan peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam meneliti kelayakan majikan berdasarkan Akta 60K, termasuk rekod pembayaran gaji minimum, isu penggajian pekerja asing, sejarah disenarai hitam, pelanggaran peraturan, dan penyediaan tempat tinggal pekerja.
“KDN tidak boleh buat unilateral decision, begitu juga dengan AKS lain. Sebab kita saling melengkapi,” katanya, menekankan kepentingan koordinasi antara agensi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan tempoh khas permohonan pekerja asing 2025 dari 19 Januari hingga 31 Mac 2026 bagi membantu majikan mengurus permohonan dengan lebih teratur.
- Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Hebat Hisham Mohd Yusoff, menekankan kepentingan majikan membuat permohonan secara langsung tanpa menggunakan ejen atau pihak ketiga untuk elak kekeliruan di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing.
- Permohonan kuota pekerja asing di bawah KPDN ditutup lebih awal pada 26 Disember berikutan peningkatan mendadak permohonan pada Disember, memaksa kementerian melibatkan Agensi Kawal Selia (AKS) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk meneliti kelayakan majikan.
Menurut Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Hebat Hisham Mohd Yusoff, tempoh khas ini dilaksanakan sebagai respons kerajaan terhadap permintaan majikan bagi mengelak kesesakan.
"Apabila berlakunya kesesakan, kerajaan mengambil maklum terhadap keperluan dan permintaan daripada majikan, dan dengan itu bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan melalui pengumuman tempoh khas ini.
“Saya mohon majikan dan juga pemain industri untuk beri kerjasama datang awal dan jangan tunggu tarikh akhir baru hadir untuk memohon,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pada masa sama, Hebat Hisham mengulangi gesaan kepada majikan supaya membuat permohonan secara langsung tanpa menggunakan ejen atau pihak ketiga.
Beliau menjelaskan bahawa ejen yang didorong oleh keuntungan kadang-kadang membawa permohonan tidak lengkap atau mengambil nombor giliran yang bukan hak mereka, menimbulkan kekeliruan di Pusat Sehenti (OSC) Pengurusan Pekerja Asing.
Tambahnya, kakitangan kementerian akan membantu majikan melengkapkan dokumen bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan kos.
“Ia lebih mudah, tetapi ada majikan yang masih menggunakan ejen kerana tiada masa untuk hadir, dan kita (kementerian) sediakan ruang khas untuk bantu mereka,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan permohonan kuota pekerja asing bagi sektor perkhidmatan di bawah KPDN ditutup lebih awal pada 26 Disember, walaupun tarikh asal adalah 31 Disember, selepas kuota 30,000 pekerja hampir penuh.
Menyentuh isu tersebut, Hebat Hisham memaklumkan permohonan pada awal Oktober dan November rendah, purata 42 sehari, namun meningkat secara mendadak pada Disember kepada 185 permohonan sehari, hampir 350 peratus.
Menurutnya lagi, urusan permohonan bukan dikendalikan oleh KDN sahaja tetapi melibatkan Agensi Kawal Selia (AKS) daripada kementerian berlainan.
Hebat Hisham turut menjelaskan peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam meneliti kelayakan majikan berdasarkan Akta 60K, termasuk rekod pembayaran gaji minimum, isu penggajian pekerja asing, sejarah disenarai hitam, pelanggaran peraturan, dan penyediaan tempat tinggal pekerja.
“KDN tidak boleh buat unilateral decision, begitu juga dengan AKS lain. Sebab kita saling melengkapi,” katanya, menekankan kepentingan koordinasi antara agensi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan di sebalik pembukaan tempoh khas permohonan pekerja asing 2025 oleh Kementerian Dalam Negeri?
A: Tujuan pembukaan tempoh khas ini adalah bagi membantu majikan mengurus permohonan dengan lebih teratur dan mengelakkan kesesakan. - Q: Mengapa Kementerian Dalam Negeri menekankan kepada majikan supaya membuat permohonan secara langsung tanpa menggunakan ejen atau pihak ketiga?
A: Kementerian menekankan perkara ini kerana ejen kadang-kadang membawa permohonan tidak lengkap atau mengambil nombor giliran yang bukan hak mereka, menimbulkan kekeliruan di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing. - Q: Bagaimanakah peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam proses permohonan pekerja asing?
A: JTK bertanggungjawab meneliti kelayakan majikan berdasarkan Akta 60K, termasuk rekod pembayaran gaji minimum, isu penggajian pekerja asing, sejarah disenarai hitam, pelanggaran peraturan, dan penyediaan tempat tinggal pekerja.