awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN lupus 5.8 tan metrik alat mainan seks bernilai RM1.3 juta

Bernama
Bernama
01/10/2024
07:00 MYT
KDN lupus 5.8 tan metrik alat mainan seks bernilai RM1.3 juta
Nik Yusaimi (tiga dari kiri) menunjukkan alat permainan seks yang akan dilupuskan. -Sinar Harian
SEREMBAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan 5.8 tan metrik atau 27,035 unit alatan mainan seks bernilai RM1.3 juta hasil rampasan di beberapa premis di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, sepanjang tahun ini.

Ringkasan AI
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan 5.8 tan metrik atau 27,035 unit alatan mainan seks bernilai RM1.3 juta hasil rampasan di beberapa premis di Pulau Pinang, Selangor, dan Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.
  • Proses sitaan dan pelupusan diputuskan melalui perintah mahkamah di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, dengan kaedah pelupusan memusnahkan alatan hingga tidak berbentuk asal dan tidak boleh berfungsi.
  • KDN bekerjasama dengan operator platform e-dagang untuk membendung penjualan alat mainan seks secara dalam talian, termasuk pertukaran carian melalui kata kunci bagi menyukarkan pembeli mencari alat mainan seks.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata proses sitaan diputuskan melalui perintah mahkamah untuk dilucut hak dan dilupuskan di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
"Kaedah pelupusan adalah dengan memusnahkan alatan jenis silikon, plastik dan sebagainya hingga tidak berbentuk seperti asal dan tidak boleh berfungsi.
"Kebanyakan alatan berkenaan dari China, Thailand dan beberapa negara Asia lain yang dijual pada harga RM50 hingga RM800.
"Kesemua barangan itu adalah sebahagian daripada rampasan di stor, gudang dan premis perniagaan. Terdapat sebilangan lagi masih dalam proses tindakan mahkamah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Nik Yusaimi berkata KDN menjalin kerjasama rapat dengan operator platform e-dagang bagi membendung penjualan alat mainan seks secara meluas secara dalam talian termasuk pertukaran carian melalui kata kunci bagi menyukarkan pembeli untuk mencari alat mainan seks dengan mudah.
"Bagaimanapun, penjual alatan tidak bermoral itu tetap menggunakan pelbagai helah supaya produk mereka tidak disekat dan terus diiklankan bagi menarik pembeli," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas secara berterusan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menerbit, menjual atau mengedar hasil penerbitan larangan yang boleh memudaratkan moral serta ketenteraman awam.
Dalam pada itu, beliau berkata KDN sentiasa melakukan penguatkuasaan di seluruh negara dalam membenteras aktiviti penerbitan tidak diingini di bawah AMCP 1984 kerana memudaratkan moral dan berlawanan dengan sosiobudaya masyarakat di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#alat mainan seks
#Nik Yusaimi Yussof
#sitaan dan pelupusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan