awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN: Penggantungan The Heat tiada kaitan dengan laporan mengenai Perdana Menteri

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
22/12/2013
02:32 MYT
KDN: Penggantungan The Heat tiada kaitan dengan laporan mengenai Perdana Menteri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganggap dakwaan penggantungan penerbitan akhbar The Heat disebabkan oleh laporan akhbar itu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak berasas.
Ia dinyatakan menerusi satu kenyataan yang dihantar kementerian kepada pihak media pada Sabtu.
“Keputusan tersebut tiada kaitan dengan sebuah rencana mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan sebarang dakwaan mengenainya adalah tidak berasas.
Menurut KDN, penggantungan dibuat adalah disebabkan akhbar berkenaan gagal untuk memaklumkan kepada pihak kementerian mengenai pertukaran pemilik akhbar berkenaan.
“Permit The Heat mewajibkan akhbar berkenaan memaklumkan kepada kementerian sekiranya ada pertukaran pemilik berlaku. Tambahan pula permit yang dikeluarkan adalah permit penerbitan majalah bisnes mingguan.
“Walau bagaimanapun, syarat-syarat itu gagal dipatuhi dan menyebabkan pihak kementerian telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penerbit The Heat”.
Pihak kementerian membuat keputusan untuk menggantung akhbar berkenaan kerana tidak menerima apa-apa jawapan balas rasmi setelah dua surat tunjuk sebab dikeluarkan.
“Akhbar mingguan The Heat akan digantung sehingga jawapan rasmi dari pihak mereka diterima”.
Sebelum itu, Akhbar mingguan The Heat telah digantung serta merta selepas menerima arahan penggantungan daripada KDN.
Perkara ini disahkan oleh laman sesawang The Heat, yang dimiliki oleh HCK Media, sebuah perniagaan percetakan dan digital pada 19 Disember.
Topic Berkaitan
#gantung
#Kementerian Dalam Negeri
#the ant daily
#The heat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan