MALAYSIA
KDN perkukuh keupayaan APMM, tambah anggota dan aset baharu
Shamsul Anuar ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang berusaha menambah anggota bagi menampung keperluan sedia ada dan pada masa hadapan selaras dengan beban tugas serta keluasan Zon Maritim Malaysia (ZMM).
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata sehingga kini terdapat 543 kekosongan jawatan dan APMM sedang mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengisi kekosongan tersebut.
“Langkah ini perlu bagi memastikan operasi APMM berjalan lancar dan berkesan bagi memantau perairan negara yang begitu besar,” katanya.
Menurut Shamsul kekosongan jawatan ini merangkumi pelbagai kategori termasuk pegawai penguatkuasa, pegawai kanan sokongan dan sebagainya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Selain penambahan anggota, KDN melalui APMM sentiasa berusaha menambah baik operasi, termasuk memastikan aset-aset diselenggara dengan baik dan operasi berjalan secara berkesan serta tersusun.
APMM menetapkan beberapa indikator prestasi utama (KPI) bagi menilai keberkesanan aset baharu dalam tempoh setahun selepas perolehan.
Antaranya tahap kesiapsiagaan aset, bilangan rondaan dan operasi pengawasan yang berjaya dilaksanakan.
KPI juga menilai keberkesanan tindak balas terhadap sebarang insiden atau pencerobohan, peningkatan kehadiran dan jangkauan rondaan di kawasan strategik termasuk Zon Ekonomi Eksklusif, serta keberhasilan operasi seperti jumlah tangkapan, rampasan dan pencegahan.
Agensi ini bakal menerima pelbagai aset baharu termasuk kapal peronda pesisir (APV) kelas Bendahara, dua kapal peronda luar pesisir (OPV), empat helikopter AW189, dua kapal pelbagai guna, empat bot pemintas (PTK), 23 bot RHIB, dua bot NGPV dan dua bot NGPPV.
“Gabungan aset permukaan dan udara ini akan meningkatkan keupayaan rondaan jarak jauh operasi pantas di pesisiran pantai serta pemantauan udara yang lebih meluas, sekali gus membolehkan APMM melaksanakan operasi penguatkuasaan secara menyeluruh dan efektif,” katanya.
Tambahnya lagi, keupayaan operasi APMM turut diperkukuh melalui kerjasama dengan agensi lain termasuk ATM, PDRM, Jabatan Perikanan dan pihak industri pelabuhan.
Usaha ini melibatkan perkongsian maklumat risikan maritim, rondaan bersama, serta operasi bersepadu bagi memastikan kawalan keselamatan maritim negara lebih efektif.
Menurut Datuk Seri Shamsul Anuar lagi, langkah-langkah ini penting bagi memastikan APMM terus mampu memantau dan mengawal perairan Malaysia yang luas serta menghadapi cabaran maritim masa kini.
“KDN sentiasa melalukan operasi bersama bagi memastikan kita melaksanakan tanggungjawab dan tidak melakukan pertindihan, yang penting isu-isu pencerobohan dapat dikendalikan dengan baik dan berkesan,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- APMM sedang berusaha mengisi 543 kekosongan jawatan bagi memastikan operasi penguatkuasaan maritim berjalan lancar dan berkesan.
- Pelbagai aset baharu akan diterima termasuk kapal peronda, helikopter dan bot bagi meningkatkan keupayaan rondaan dan pemantauan perairan negara.
- Kerjasama antara agensi diperkuat melalui perkongsian risikan dan operasi bersepadu untuk memastikan keselamatan maritim lebih efektif.