awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin - Saifuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2023
15:05 MYT
KDN sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi kerjasama dan bantuan yang diperlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes melibatkan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi.
"Berkaitan kes tersebut, apabila seseorang itu atau subjek yang terlibat dalam satu-satu kes dan berada di luar negara, KDN akan diminta untuk memberikan kerjasama.
"Kita melihat dan menunggu dahulu sebarang bentuk kerjasama yang diperlukan oleh pihak SPRM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas program Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di bawah Program Permuafakatan PDRM bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Rabu.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, SPRM akan meminta kerjasama Jabatan Imigresen bagi membekukan pasport Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang merupakan menantu Muhyiddin dan seorang lagi individu kerana diperlukan bagi isu rasuah, penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan.
Pada Isnin, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KDN
#SPRM
#menantu Muhyiddin
#Muhyiddin Yassin
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan