MALAYSIA
KDN selesaikan 19,205 tunggakan permohonan permit masuk PR dari 2013 hingga 2023
Saifuddin berkata, perkara itu berjaya dilaksanakan pasukan petugas khas di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan 15,081 permohonan diluluskan manakala 4,124 ditolak.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelesaikan 19,205 tunggakan permohonan permit masuk Pemastautin Tetap (PR) yang direkodkan dari 2013 sehingga 2023, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata perkara itu berjaya dilaksanakan pasukan petugas khas di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan 15,081 permohonan diluluskan manakala 4,124 ditolak.
Saifuddin Nasution berkata sebanyak 2,575 permohonan pula direkodkan pada tahun 2024 dan kesemua permohonan tersebut akan diselesaikan bulan ini.
"Setakat Jun tahun ini, kita ada 1,900 permohonan dan saya minta pegawai-pegawai saya di KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), September ini juga kena selesai semua sekali.
"Ini membolehkan kami menguruskan purata permohonan baharu sebulan bagi permit masuk ialah 300 permohon sebulan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin tahu status kemajuan kerajaan dalam menyelesaikan baki 11,000 permohonan PR menjelang Jun ini, serta langkah jangka pendek untuk bantu pemohon yang belum berjaya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelesaikan 19,205 tunggakan permohonan permit masuk Pemastautin Tetap (PR) dari tahun 2013 hingga 2023, dengan 15,081 permohonan diluluskan dan 4,124 ditolak.
- Sebanyak 2,575 permohonan PR direkodkan pada tahun 2024 dan dijadualkan selesai sepenuhnya dalam bulan Ogos dan September ini, termasuk 1,900 permohonan setakat Jun.
- KDN kini menguruskan purata 300 permohonan PR baharu setiap bulan, dengan komitmen mempercepatkan proses kelulusan melalui pasukan petugas khas Jabatan Imigresen Malaysia.