Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

KDN semak kejadian kapal nelayan, tiga kru 'ghaib' lebih sebulan

Sinar Harian 19/11/2025 | 00:50 MYT
Saifuddin Nasution bercakap pada sidang media sempena kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, di Kota Kinabalu, 17 Nov 2025. - Gambar fail/BERNAMA
SANDAKAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat semakan lanjut berhubung kejadian kehilangan sebuah kapal nelayan Sandakan bersama tiga kru sejak Oktober lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini beliau belum mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, semakan lanjut akan dijalankan oleh pihaknya.

"Tiada dalam maklumat saya... Nanti saya semak dulu," katanya dalam sidang media sempena Majlis Sembang Santai Bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan laporan bertajuk 'Misteri tiga kru kapal nelayan Sandakan 'ghaib' lebih sebulan'.

Kapal milik sebuah syarikat tempatan di Sandakan itu dilaporkan keluar menangkap ikan sebelum hilang dan gagal dikesan.

Semua kru kapal turut gagal dihubungi hingga kini.

Mangsa dikenali sebagai Ramdan Ahzari, Ridwan Muhammad dan Risal Japar. - Sinar Harian





#kru kapal hilang #nelayan #Saifuddin Nasution #Sandakan