MALAYSIA
KDN tunggu laporan penuh kes ‘pasport terbang’ - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ke-53 di Dataran Kulim hari ini. - Foto Bernama
KULIM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes pegawai penguat kuasa yang disyaki bersubahat dalam kegiatan 'pasport terbang' ketika bertugas di kaunter sempadan negara.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mendapatkan laporan daripada Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
"Biar dia (Shuhaily) uruskan dulu... Saya percaya kita telah meletakkan orang yang betul pada tempatnya," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ke-53 di Dataran Kulim di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi kegiatan 'pasport terbang' di kaunter penyeliaan zon masuk motor, sempadan Johor-Singapura.
Dua suspek utama ditahan Unit Pematuhan AKPS semasa pemeriksaan dilakukan di kaunter, manakala dua lagi pegawai penguat kuasa ditahan kerana disyaki bersubahat dalam kegiatan itu.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata anggota RELA perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran baharu serta meningkatkan aspek latihan agar fungsinya dapat diperluaskan.
Beliau berkata perlu ada anjakan kepada fungsi ataupun tugas hakiki RELA daripada tugas biasa seperti menjaga lalu lintas, membantu masa bencana atau ketika majlis keramaian.
"Anjakan ini membawa kepada kita nak bawa peranan RELA itu sehingga kepada memikul tanggungjawab dalam aspek kawalan di kawasan yang lebih sensitif seperti di sempadan negara.
"Tentunya bukan RELA bersendirian. Maknanya, RELA ini memang tujuan dia adalah untuk menambah ataupun membantu, peranannya adalah membantu agensi penguat kuasa sedia ada. Kementerian melihat RELA juga ada ruang untuk ikut membantu," katanya.
Beliau berkata kementerian itu juga akan terus melihat keperluan jabatan berkenaan, khususnya dalam aspek kebajikan anggota RELA.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KDN tunggu laporan penuh kes 'pasport terbang': Empat pegawai penguat kuasa ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah RM3,000 untuk memproses pasport tanpa kehadiran pemilik di sempadan Johor-Singapura.
- Ketua Pengarah AKPS diberi tanggungjawab siasatan: Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution, yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Shuhaily untuk menguruskan siasatan secara telus dan berkesan.
- RELA disaran tingkat kemahiran dan peranan: RELA perlu bersedia memikul tugas kawalan di kawasan sensitif seperti sempadan negara, selain daripada fungsi tradisional seperti bantuan bencana dan kawalan lalu lintas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mendapatkan laporan daripada Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
"Biar dia (Shuhaily) uruskan dulu... Saya percaya kita telah meletakkan orang yang betul pada tempatnya," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ke-53 di Dataran Kulim di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi kegiatan 'pasport terbang' di kaunter penyeliaan zon masuk motor, sempadan Johor-Singapura.
Dua suspek utama ditahan Unit Pematuhan AKPS semasa pemeriksaan dilakukan di kaunter, manakala dua lagi pegawai penguat kuasa ditahan kerana disyaki bersubahat dalam kegiatan itu.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata anggota RELA perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran baharu serta meningkatkan aspek latihan agar fungsinya dapat diperluaskan.
Beliau berkata perlu ada anjakan kepada fungsi ataupun tugas hakiki RELA daripada tugas biasa seperti menjaga lalu lintas, membantu masa bencana atau ketika majlis keramaian.
"Anjakan ini membawa kepada kita nak bawa peranan RELA itu sehingga kepada memikul tanggungjawab dalam aspek kawalan di kawasan yang lebih sensitif seperti di sempadan negara.
"Tentunya bukan RELA bersendirian. Maknanya, RELA ini memang tujuan dia adalah untuk menambah ataupun membantu, peranannya adalah membantu agensi penguat kuasa sedia ada. Kementerian melihat RELA juga ada ruang untuk ikut membantu," katanya.
Beliau berkata kementerian itu juga akan terus melihat keperluan jabatan berkenaan, khususnya dalam aspek kebajikan anggota RELA.
-- BERNAMA

#KDN
#pasport terbang
#Saifuddin Nasution
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia