awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN warta perintah larangan terhadap 21 penerbitan

Bernama
Bernama
29/12/2017
05:02 MYT
KDN warta perintah larangan terhadap 21 penerbitan
Alwi berkata, secara keseluruhannya, kesemua penerbitan berkenaan boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda. - Gambar fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana kandungannya yang mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 - 401 bertarikh 19 Dis 2017.
Beliau berkata warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
"Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
"Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan berkenaan dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum," katanya.
Senarai tajuk penerbitan yang dilarang:
  1. Assalamualaikum : May Peace Be Upon You Observations On The Islamisation Of Malaysia
  2. "Qun Jiao Wang Shi"
  3. "36F Da Bo Mei De You Huo"
  4. "Gou Nan Nv No. 2"
  5. Antithesis
  6. Loaded (No. Keluaran 242)
  7. 100 Keajaiban Di Dunia
  8. Amalan Mustajab Dan Murah Rezeki
  9. Senjata & Pendinding Mukmin
  10. Asma Ul-Husna : Rahsia Dan Amalan 99
  11. Nama Allah
  12. Rahsia Dan Kelebihan Kayu Kokka : Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS
  13. Perjalanan Yang Cemerlang 1930 - 1980 Mempromosi fahaman komunisme.
  14. Intense Pleasure
  15. Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan - Hampir Tidak Kesampaian Berakhir Tiada Kesudahan
  16. Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan - Dimanakan Ku Cari Ganti
  17. Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan - Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri
  18. Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan - Pencarian Ilmu Dipenghujung Rasa
  19. Agama Masa Depan : Perspektif Filsafat Perennial
  20. 25 Kisah Mukjizat Rasulullah
  21. Meneladani Rasulullah & Cerita Lain
Sehubungan itu, Alwi berkata individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya telah melakukan suatu kesalahan
"Mereka boleh disabitkan dengan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 8(2) Akta 301," katanya.
Alwi juga menyarankan agar orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih ada di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di http://moha.spab.gov.my
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alwi Ibrahim
#Kementerian Dalam Negeri
#pencetakan
#penerbitan
#perintah larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan