KUALA LUMPUR: Sekalipun perubatan rehabilitasi telah menembusi industri penjagaan kesihatan negara ini sebagai perubatan khusus sejak lebih 20 tahun lalu, perkhidmatan sedemikian masih tidak banyak ditawarkan.
Di negara Asia lain seperti China dan Korea Selatan misalnya, sistem penjagaan kesihatan mereka menyediakan program pemulihan yang khusus untuk memastikan pesakit benar-benar pulih selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan akut seperti angin ahmar dan pembedahan, serta bagi masalah ortopedik, neurologi dan lain-lain.
Menurut pakar industri, sektor ini, termasuk rawatan pemulihan yang intensif dan komprehensif, dijangka berdepan peningkatan permintaan berikutan Malaysia diunjur berstatus negara menua menjelang 2030.
Apatah lagi Kajian Beban Global Penyakit 2019 pula menemukan purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun namun purata jangka hayat sihat cuma 65.7 tahun.
Antara fasiliti yang menawarkan perubatan rehabilitasi di Malaysia ialah ReGen Rehab Hospital di Petaling Jaya, Selangor. Dibuka empat tahun lalu, kemudahan ini dimiliki oleh Regen Rehabilitation International Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama di antara Khazanah Nasional Berhad dan Select Medical International, sebuah penyedia perkhidmatan pascajagaan akut berpangkalan di Amerika Syarikat.
ReGen Rehab Hospital juga merupakan kemudahan rehabilitasi swasta pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan.
PENJAGAAN BERTERUSAN
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamad Hanafi Salehuddin dalam temu bual dengan Bernama, berkata hospital itu menawarkan program rehabilitasi komprehensif yang boleh dianggap sebagai "peluang terbaik untuk memulihkan kembali keupayaan fizikal dan kognitif pesakit kami."
Rehabilitasi bertujuan memaksimumkan kesihatan fungsian menerusi penjagaan menyeluruh dalam persekitaran khusus, jelas beliau.
"Antara masalah kesihatan yang kami rawat ialah angin ahmar atau strok, kecederaan pascatrauma dan pascapembedahan, selain masalah berpunca daripada kegiatan sukan serta ortopedik dan neurologi, dan banyak lagi," katanya.
Menurut beliau, umumnya, rawatan rehabilitasi atau pemulihan mengambil masa dua hingga empat minggu, bergantung pada keadaan pesakit dan pelan rawatan.
Rehabilitasi bagi pesakit strok akan mengambil masa lebih lama, kata beliau dan menambah setiap program pemulihan direka khusus bagi menyokong sasaran pemulihan pesakit.
Antara program rehabilitasi yang ditawarkan oleh hospital itu ialah pemulihan neuro melibatkan pesakit dengan masalah kesihatan seperti kecederaan dan trauma otak, Parkinson dan penyakit motor neuron.
Turut ditawarkan ialah pemulihan pascakoma, terapi kognitif dan tingkah laku, terapi robotik dan realiti maya serta stimulasi otak tidak invasif dan latihan keseimbangan.
Mohamad Hanafi berkata perubatan rehabilitasi antara perkhidmatan paling tinggi permintaan oleh pesakit yang dimasukkan ke wad. Di hospital itu, rehabilitasi disasarkan kepada pesakit pascapembedahan, kanser, jantung dan geriatrik.
"Kami juga menawarkan pemulihan rehabilitasi ortopedik yang merawat pelbagai masalah muskuloskeletal. Rawatan ini bagus untuk mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan penggantian sendi atau keretakan tulang atau menghidap sakit belakang dan leher yang kronik selain kecederaan berkaitan pekerjaan," jelasnya.
Menurutnya, mereka juga bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial menerusi program 'Return-To-Work' bagi merawat pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
"Ini merupakan satu kerjasama yang bagus yang mana kami mengadakan usaha sama dengan organisasi dan majikan lain," katanya.
EXOSKELETAL ROBOTIC
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan ReGen Rehab Hospital Prof Dr Lydia Abdul Latif berkata program exoskeletal robotic atau robotik rangka luar membolehkan pesakit dengan kecederaan saraf tunjang, strok atau lain-lain keadaan perubatan yang menjejaskan keupayaan berjalan, belajar untuk kembali berdiri dan menampung berat tubuh serta corak melangkah untuk berjalan.
"Prinsip yang tersirat di sebalik latihan ini ialah latihan berulang secara bersasar akan membawa kepada pemulihan motor," jelasnya.
Tambah beliau, exoskeletal robotic membantu pesakit membina keplastikan neuron, seterusnya memperoleh kemahiran menerusi pengulangan dan peningkatan latihan, sekali gus membolehkan mereka pulih pada kadar lebih cepat.
Sementara itu, Mohamad Hanafi berkata selaku ahli Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, ReGen Rehab Hospital juga memperoleh manfaat daripada sektor pelancongan perubatan negara apabila ia berjaya menembusi pasaran Indonesia, iaitu antara pasaran utama yang dikenal pasti dalam pasaran ASEAN.
Beliau berkata wujud pasaran yang besar untuk perubatan pemulihan di Indonesia berikutan penyakit angin ahmar merupakan antara penyebab utama morbiditi di republik itu.
"Memandangkan negara kita sedang berusaha untuk memperkukuh ekosistem pelancongan kesihatan, saya percaya pelancongan perubatan pemulihan adalah pasaran khusus dan penting yang akan mengukuhkan lagi penguasaan dan penawaran penjagaan kesihatan Malaysia dalam pasaran utama, selaku kelebihan daya saing.
"Kami mengetengahkan agenda pelancongan perubatan pemulihan kepada pasaran, dan sejak pembukaan semula sempadan Malaysia, sistem penjagaan kesihatan kita kembali menerima kemasukan pesakit antarabangsa, iaitu kunci dalam menggiatkan semula ekonomi dan sektor pelancongan kesihatan negara.
"Malaysia menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, mudah diakses serta mampu milik kepada pesakit antarabangsa. Ini termasuk perkhidmatan perubatan pemulihan," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022

Pesakit menjalani fisioterapi dengan menggunakan Robot Suit Hybrid Assistive Limb ketika tinjauan di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Perangi tabiat merokok, ini beberapa fakta tentang Hari Tanpa Tembakau Sedunia
Hari Tanpa Tembakau Sedunia dirai setiap 31 Mei untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya merokok dalam menyokong usaha menangani ketagihan terhadap tembakau.

Dewan Rakyat: Muhyiddin gesa wujudkan kaedah pelepasan bersyarat bantu individu muflis
Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, kebankrapan juga disifatkan sebagai satu bentuk hukuman dan bukan satu skim pembayaran semula.

Magendran gembira bersulam duka
Pendaki Gunung Everest pertama Malaysia turut sama berduka dengan kejadian malang yang menimpa Awang Askandar dan Muhammad Hawari.

Operator Everest usaha bawa turun jenazah pendaki guna helikopter - Mohamad Alamin
Wisma Putra memaklumka pihak operator Everest akan berusaha membawa turun jenazah pendaki program Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Awang Askandar Ampuan Yaacub dari kem 4 untuk pulang ke tanah air.

Festival Amerika Latin pupuk kefahaman budaya kepada rakyat Malaysia
Festival itu akan menjadi jambatan untuk mengeratkan lagi persahabatan antara negara Amerika Latin dan Malaysia.

Mampukah penjagaan kendiri kurangkan beban penjagaan kesihatan awam?
Kementerian Kesihatan menjangka perbelanjaan kesihatan akan mencapai nilai AS$80 bilion (RM351.6 bilion) menjelang tahun 2040.

Kerajaan komited bangun industri automotif sebagai sektor ekonomi strategik - Tengku Zafrul
Kerajaan komited membangunkan industri automotif sebagai sektor ekonomi strategik yang membuka pelbagai peluang kejuruteraan kejituan, kata Menteri MITI.

Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat
Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Jadikan perayaan, budaya yang pelbagai pengikat persaudaraan rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu perayaan dan budaya yang pelbagai di negara ini menjadi ciri utama yang mengikat persaudaraan seluruh lapisan masyarakat rakyat Malaysia.

Agong zahir sukacita, kesyukuran 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa sukacita dan syukur kerana 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan selamat tiba di tanah air semalam.