DREBAR
Ke litar Sepang bersama keluarga ketika cuti sekolah

Dengan harga RM99, sepasang penjaga dan dua kanak-kanak berumur dari tujuh hingga 18 tahun (kemasukan percuma bagi umur tujuh tahun ke bawah) akan dapat melawat serta menjelajah litar yang menjadi tuan rumah pelbagai perlumbaan bertaraf dunia ini.
Antara tempat yang dilawat termasuk podium dan juga ‘race control’ yang menjadi pusat operasi ketika perlumbaan berlangsung. Diskaun 20% turut akan diberikan bagi pembelian barangan SIC selepas selesai lawatan.
(Harga biasa pakej lawatan ini adalah RM150)
Setiap lawatan mengambil masa lebih kurang satu jam lima belas minit. Setiap kumpulan akan mempunyai sehingga 10 peserta (maksimum) dan sehingga empat kumpulan lawatan akan dianjurkan setiap hari. Tempahan awal perlu dibuat untuk lawatan hujung minggu.

Tambahan lagi, setiap keluarga akan diberikan diskaun tambahan 20% untuk sesi go-kart di litar go-kart SIC yang terletak bersebelahan litar utama. Di sini, anda dan anak-anak akan dapat merasai sendiri memandu di atas litar yang disahkan pihak FIA serta direka oleh Hermann Tilke, individu sama yang bertanggung jawab untuk rekaan litar SIC.
Terdapat go-kart khas dengan dua tempat duduk bagi seorang dewasa membawa anak kecil memandu. Bagi yang lebih besar, bolehlah mencuba ‘fun kart’ disediakan.

Bagi yang berminat, sila ke laman web SIC di www.sepangcircuit.com.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami