Keadaan jerebu di seluruh negara akan berterusan berikutan dua ribut tropika yang masih aktif di Lautan Pasifik, iaitu Ribut Tropika Koppu dan Ribut Tropika Champi yang mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau, termasuk Malaysia, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, kehadiran kedua-dua ribut itu telah mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau, termasuk Malaysia.
"Ketika ini, Ribut Tropika Koppu berada pada kedudukan kira-kira 1,132 km ke arah Utara Timur Laut Kudat, Sabah, selepas membadai Pulau Luzon, Filipina malam tadi.
"Taufan ini sedang bergerak ke arah Barat menuju ke tanah besar China dengan kelajuan 15 kmsj, manakala taufan Champi pula berada pada kedudukan kira-kira 2,845 km ke Timur-Timur Laut Kudat, Sabah dan sedang bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kmsj," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata, kedua-dua ribut tropika itu akan menyebabkan angin dari arah barat daya membawa jerebu merentas dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia ke negara ini.
"Pada masa sama, taburan hujan juga dijangka berkurangan kerana kawasan serantau negara akan dipengaruhi oleh tiupan angin Barat Daya dengan kelajuan yang sederhana.
Menurutnya, pemantauan oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mendapati jumlah titik panas di Kalimantan meningkat kepada 176, berbanding 68 titik panas sebelum ini, manakala tiada cerapan dapat dibuat di Sumatera berikutan awan tebal.
Wan Junaidi berkata, Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASMC menunjukkan, sebahagian asap jerebu tebal dan sederhana dari Sumatera tengah dan Selatan telah meliputi sebahagian Semenanjung Malaysia, manakala sebahagian asap jerebu tebal dan sederhana dari Kalimantan tengah menghala ke barat Sarawak dan timur Sabah.
Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS), akan terus memantau rapi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara melalui 52 stesen pengawasan kualiti udaranya.
"Mekanisme tindak balas semasa berlakunya jerebu adalah mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dengan semua tindakan-tindakan itu telah diambil oleh agensi yang terlibat," katanya.
Shuhami Zabri
Mon Oct 19 2015
WAN JUNAIDI: Dua ribut tropika itu akan menyebabkan angin dari arah barat daya membawa jerebu merentas dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia ke negara ini. - Gambar Fail
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.