Skip to main content

Malaysia

Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global

KUALA LUMPUR, June 8 -- Secretary General of Ministry of Women, Family and Community Development Datuk Dr Maziah Che Yusoff (centre) giving a certificate of appreciation to the Alliance for a Safe Community founder and chairman Tan Sri Lee Lam Thye (right) during the Living Your Golden Years Ordinary People Living Extraordinary Lives Conference and Exhibition at Kuala Lumpur Craft Complex today.  Also present Founding President of Third Age Media Association Cheah Tuck Wing (left).  --fotoBERNAMA (2024) COP
Lee menyeru agar perpaduan sosial diperkukuh melalui amalan kebaikan, kesukarelawanan dan penglibatan komuniti bagi mengembalikan harapan serta hubungan sesama masyarakat. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Konsep kebahagiaan perlu ditafsirkan semula sebagai satu tanggungjawab bersama yang berteraskan ketabahan, belas kasihan dan kesejahteraan secara menyeluruh, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kebahagiaan bukan sekadar usaha individu tetapi satu aspirasi bersama yang boleh dipupuk melalui empati, keadilan dan semangat komuniti yang kukuh.

Advertisement

Dalam satu kenyataan sempena Hari Kebahagiaan Sedunia 2026, beliau berkata sambutan tahun ini hadir pada waktu cabaran global semakin memuncak, termasuk konflik, ketidaktentuan ekonomi, peningkatan kos sara hidup, perubahan iklim serta kebimbangan terhadap kesihatan mental.

“Realiti ini memberi tekanan besar kepada individu, keluarga dan komuniti, bukan sahaja menjejaskan mata pencarian tetapi juga kesejahteraan emosi dan psikologi.

“Kebahagiaan sebenar terletak pada kesedaran bahawa kita tidak bersendirian, bahawa kita saling mengambil berat, menyokong golongan yang memerlukan, dan membina komuniti yang berasaskan empati serta kepercayaan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keutamaan terhadap kesihatan mental mesti menjadi fokus utama, sambil menambah bahawa mendapatkan bantuan tidak seharusnya dilihat sebagai satu kelemahan, dan stigma berkaitan isu kesihatan mental perlu ditangani.

Beliau juga menyeru agar perpaduan sosial diperkukuh melalui amalan kebaikan, kesukarelawanan dan penglibatan komuniti bagi mengembalikan harapan serta hubungan sesama masyarakat.

Lee berkata usaha menggalakkan keadilan dan keterangkuman kekal penting, sambil menyatakan bahawa ketidaksamaan dan ketidakadilan merupakan halangan utama dalam mencapai masyarakat yang harmoni.

Beliau berkata amalan gaya hidup lestari perlu jadi keutamaan kerana melindungi alam sekitar adalah penting untuk menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

“Akhir sekali, kita perlu memupuk rasa syukur dan kesedaran dalam kehidupan seharian. Walaupun dalam masa sukar, mencari makna dalam setiap perbuatan kecil dan detik sederhana boleh membantu kita kekal berpijak di bumi nyata serta penuh harapan,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video