[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu Dijatuhkan Hukuman Penjara – Ikuti Perkembangan di Sini!
MALAYSIA

Kebajikan kanak-kanak diutamakan, elak kecuaian dan kemalangan

Astro Awani 29/10/2025 | 13:24 MYT
Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Prof. Dr. Morni Kambrie berkata, ini kerana pelaksanaan penguatkuasaan yang lemah menjadi antara factor berlakunya kes kecuaian melibatkan kanak-kanak. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Tahap keselamatan kanak-kanak di setiap taska dan tadika perlu dipertingkatkan, bagi menjamin kebajikan mereka berada pada tahap tertinggi.

Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Prof. Dr. Morni Kambrie berkata, ini kerana pelaksanaan penguatkuasaan yang lemah menjadi antara factor berlakunya kes kecuaian melibatkan kanak-kanak.

"Masalah yang kita dengar, orang hantar anak pergi taska dan tadika hingga berlaku kejadian meninggal dunia dan sebagainya.

"(Sebenarnya) penguatkuasaan kita kurang (lemah). Malah masalah dia kadang-kadang dari pihak berkuasa tempatan.

"Bila orang buka tadika sediakan boring sahaja tanpa membuat pemantauan termasuk dari segi pekerja, lokasi, persekitaran dan sebagainya," katanya.

Tambah beliau, sebab itu penting apabila pekerja yang diambil dalam kalangan graduan yang mempunyai kemahiran dan diploma pendidikan awal kanak-kanak, ia lebih berkualiti.

Katanya, kualiti bukan sahaja dari segi memahami psikologi kanak-kanak tetapi juga cara pengajaran.

#pendidikan awal kanak-kanak #pendidikan #Kanak-kanak #penguatkuasaan