awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran asrama: Bantuan segera disalur kepada SMK Tinggi Setapak - Fadhlina

Bernama
Bernama
29/04/2025
02:50 MYT
Kebakaran asrama: Bantuan segera disalur kepada SMK Tinggi Setapak - Fadhlina
Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada 8.43 malam. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di sini, susulan insiden kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan asrama sekolah itu semalam.
Beliau berkata tumpuan pada masa ini adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
"Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.
"Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua terlibat terpelihara," katanya menerusi hantaran di laman facebook rasminya hari ini.
Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada 8.43 malam.
Bagaimanapun, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu isyak.
Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin memaklumkan kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan itu, mengakibatkan 80 peratus bahagian asrama musnah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#SMK Tinggi Setapak
#bantuan
#kebakaran asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan