MALAYSIA
Kebakaran Balakong: Bomba kawal kebakaran seluas tiga ekar di bukit berhampiran Taman Seri Timah
Anggota bomba dari BBP Bandar Tun Hussein Onn, Sungai Besi, dan Seri Kembangan berjaya mengawal kebakaran hutan di Taman Seri Timah, Balakong. - Foto Bomba Selangor
SERI KEMBANGAN: Kebakaran hutan yang berlaku di kawasan berbukit Taman Seri Timah, Balakong petang Khamis, berjaya dikawal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) biarpun ia meliputi kawasan berbukit yang curam seluas tiga ekar.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan awal, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 malam Khamis.//
Sejurus itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai. Pasukan tiba di lokasi pada jam 7.25 malam dan terus menjalankan operasi pemadaman.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPB) KB29 Mohamad Hafis Hamdany dari BBP BTHO ketika dihubungai Astro AWANI berkata, api masih merebak di kawasan atas bukit yang sukar dikawal kerana faktor angin dan bentuk muka bumi yang curam.
“Kawasan perumahan memang dekat, tapi kita boleh kawal. Cuma api dekat atas bukit yang kita masih berusaha untuk kawal lagi. Kita tukar-tukar jentera dari Sungai Besi. Tanker atau jentera ada dua yang standby. Kalau BTHO habis, Sungai Besi ganti. Dah ada bersedia dekat sini,” katanya lagi.
Mohamad Hafis berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menambah jentera dari BBP Sungai Besi adalah susulan sedikit sumber air di lokasi.
Beliau berkata anggota bomba kini telah bersedia di kawasan bawah bukit dengan jarak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan kediaman.
“Buat masa sekarang, api ke arah perumahan Taman Seri Timah sudah terkawal. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya lagi.
Operasi turut dibantu oleh BBP Seri Kembangan dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 anggota serta tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT), dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
Punca kebakaran, kata Mohamad Hafis, masih dalam siasatan dan pasukan forensik akan dipanggil untuk menjalankan siasatan lanjut.
Sebagai peringatan kepada orang ramai, Mohamad Hafis menasihatkan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka, terutamanya dalam keadaan cuaca panas dan berangin yang boleh mencetuskan kebakaran.
“Pesanan saya kepada orang awam, jangan buat kebakaran terbuka,” tegas beliau.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kebakaran hutan di Taman Seri Timah, Balakong berjaya dikawal oleh JBPM walaupun melibatkan kawasan berbukit seluas tiga ekar.
- Pasukan bomba dari BBP Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan dan berjaya memadamkan api di kawasan perumahan, walaupun api masih merebak di kawasan atas bukit.
- Operasi pemadaman turut melibatkan kerjasama BBP Seri Kembangan dengan keseluruhan 14 anggota dan tiga jentera serta siasatan lanjut akan dijalankan untuk menentukan punca kebakaran.
Menurut kenyataan awal, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 malam Khamis.//
Sejurus itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai. Pasukan tiba di lokasi pada jam 7.25 malam dan terus menjalankan operasi pemadaman.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPB) KB29 Mohamad Hafis Hamdany dari BBP BTHO ketika dihubungai Astro AWANI berkata, api masih merebak di kawasan atas bukit yang sukar dikawal kerana faktor angin dan bentuk muka bumi yang curam.
“Kawasan perumahan memang dekat, tapi kita boleh kawal. Cuma api dekat atas bukit yang kita masih berusaha untuk kawal lagi. Kita tukar-tukar jentera dari Sungai Besi. Tanker atau jentera ada dua yang standby. Kalau BTHO habis, Sungai Besi ganti. Dah ada bersedia dekat sini,” katanya lagi.
Mohamad Hafis berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menambah jentera dari BBP Sungai Besi adalah susulan sedikit sumber air di lokasi.
Beliau berkata anggota bomba kini telah bersedia di kawasan bawah bukit dengan jarak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan kediaman.
“Buat masa sekarang, api ke arah perumahan Taman Seri Timah sudah terkawal. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya lagi.
Operasi turut dibantu oleh BBP Seri Kembangan dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 anggota serta tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT), dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
Punca kebakaran, kata Mohamad Hafis, masih dalam siasatan dan pasukan forensik akan dipanggil untuk menjalankan siasatan lanjut.
Sebagai peringatan kepada orang ramai, Mohamad Hafis menasihatkan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka, terutamanya dalam keadaan cuaca panas dan berangin yang boleh mencetuskan kebakaran.
“Pesanan saya kepada orang awam, jangan buat kebakaran terbuka,” tegas beliau.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah keluasan kawasan yang diliputi kebakaran hutan di Taman Seri Timah, Balakong?
A: Tiga ekar kawasan berbukit yang curam. - Q: Apakah tindakan pertama yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas menerima panggilan kecemasan pada kejadian tersebut?
A: Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) serta jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. - Q: Mengapakah api di kawasan atas bukit sukar dikawal menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPB) KB29 Mohamad Hafis Hamdany?
A: Faktor angin dan bentuk muka bumi yang curam menjadi faktor yang menyulitkan pemadam kebakaran di kawasan tersebut. - Q: Berapakah jumlah anggota bomba dan jentera yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di Taman Seri Timah?
A: Seramai 14 anggota bomba serta tiga jentera terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran. - Q: Apakah pesanan penting yang diberikan oleh Mohamad Hafis sebagai peringatan kepada orang ramai berhubung kejadian kebakaran hutan tersebut?
A: Beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka, terutamanya dalam keadaan cuaca panas dan berangin yang boleh mencetuskan kebakaran.
#kebakaran hutan Balakong
#kebakaran Taman Seri Timah
#bomba Bandar Tun Hussein Onn
#kebakaran hutan terkini