awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang

Aida Aziz
Aida Aziz
04/12/2023
22:00 MYT
Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Sebuah bangunan tiga tingkat milik Pertubuhan Peladang yang menyimpan baja dan racun pertanian di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam tadi. - Foto JBPM Perak
KUALA KANGSAR: Sebuah bangunan kedai tiga tingkat milik Pertubuhan Peladang terbakar dalam kejadian yang turut melibatkan letupan kecil di Jalan Bendahara, di sini, kira-kira pukul 7.45 malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja serta racun.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.46 malam, seterusnya anggota dari Balai Bomba (BBP) Kuala Kangsar dengan dibantu BBP Sungai Siput dan BBP Meru Raya bergegas ke lokasi.
"Teknik pengawalan dan kemerebakan dilakukan menggunakan satu aliran hose satu breaching dengan dua pancutan air dari pam tangki jentera, dengan dibantu air dari pili bomba.
"Insiden tersebut tidak melibatkan mangsa," katanya kepada pemberita semalam.
Mengulas mengenai letupan kecil, Sabarodzi berkata ia berlaku pada peringkat awal kerana dipercayai terdapat bahan pertanian seperti baja dan racun yang disimpan di premis itu.
Tambahnya, proses overhaul dilaksanakan pihak bomba di samping Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Pasir Putih yang turut digerakkan ke lokasi.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
"Ia sebagai langkah keselamatan memandangkan kebakaran membabitkan bahan kimia.
"Bacaan indeks udara juga dikumpul dan pengungsian bagi orang awam juga dilakukan pada jarak 100 meter," katanya.
Ditanya berhubung punca kebakaran tersebut, beliau memberitahu ia masih belum dikenal pasti dan dalam proses siasatan.
Topic Berkaitan
#JBPM Perak
#Kuala Kangsar
#pertubuhan peladang
#bangunan simpan baja dan racun terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan