MALAYSIA
Kebakaran di Gunung Semanggol: Lebih 22 hektar dipadamkan
Operasi pemadaman dijalankan bagi mengawal kebakaran hutan di Kampung Tersusun Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, Bagan Serai, yang memasuki hari kedua semalam (Jumaat). - Foto JBPM Perak
IPOH: Kebakaran belukar seluas 23.47 hektar (58 ekar) di Kampung Tersusun Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, Bagan Serai yang memasuki hari kedua berjaya dikawal pasukan bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan memaklumkan, setakat petang semalam, 22.66 hektar (56 ekar) kebakaran hutan yang bertompok-tompok berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kira-kira 0.8 hektar (2 ekar) masih terbakar.
"Pemadaman dari bawah menggunakan pam jentera dan pam angkut, satu aliran 1,000 kaki bersumberkan air dari pili bomba yang berdekatan.
"Selain itu, kawasan yang terlibat dengan kebakaran dibahagikan kepada empat sektor dan keanggotaan dipecahkan kepada enam hingga tujuh orang bagi setiap sektor," katanya.
Beliau berkata, operasi turut dibantu Unit Udara menerusi pesawat AW 139 yang melakukan teknik penyiraman atau water bombing sebanyak 20 kali.
Kata beliau, antara cabaran operasi ialah pemadaman api di kawasan yang mempunyai talian arus elektrik bervoltan tinggi yang memerlukan lebih kewaspadaan.
"Selain itu, kawasan pengambilan air bagi penyiraman juga agak cetek menyebabkan terdapat lumpur yang memasuki timba air," katanya.
Sabarodzi berkata, proses pemadaman dihentikan 7 petang semalam dan akan disambung hari ini dengan penambahan anggota dan logistik.
"Pemadaman melalui kaedah ground attack oleh anggota pemadaman dan water bombing menggunakan pesawat akan bagi memastikan sisa tompokan bara dipadamkan sepenuhnya agar tiada kemerebakan atau nyalaan semula, pemecah api (fire break) turut akan dilaksanakan di lokasi yang dikenal pasti," katanya.
Terdahulu, kebakaran sejak 3 petang Khamis dikatakan berpunca daripada cuaca panas berpanjangan dan kali terakhir kebakaran berlaku di kawasan tersebut adalah pada 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini