awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di loji, 200 kawasan di Johor alami gangguan air

Bernama
Bernama
13/10/2021
08:27 MYT
Kebakaran di loji, 200 kawasan di Johor alami gangguan air
Antara kawasan terjejas melibatkan Senai, Skudai, Pulai, Austin, Sedenak, Seelong, Kempas, Kulai, Gelang Patah dan Nusajaya. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Kira-kira 200 kawasan di bandar raya ini, Kulai dan Iskandar Puteri mengalami gangguan bekalan air luar jangka berikutan dua unit transformers di Loji Air Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi di Kota Tinggi terbakar, semalam.
Ranhill SAJ Sdn Bhd menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan antara kawasan terjejas melibatkan Senai, Skudai, Pulai, Austin, Sedenak, Seelong, Kempas, Kulai, Gelang Patah dan Nusajaya.
"Kebakaran itu mengakibatkan loji dihenti tugas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadamkan kebakaran dan tiada korban nyawa dilaporkan. Pihak kami sedang berusaha bersama pihak berkaitan menyelesaikan masalah ini bagi memastikan kawasan terjejas menerima bekalan air bersih secara berperingkat.
"Mengikut maklumat terkini, sekiranya kerosakan berjaya diperbaiki dalam masa terdekat, anggaran tempoh pemulihan bekalan air adalah selama 12 jam selepas loji beroperasi semula dengan kapasiti penuh," menurut Ranhill SAJ.
Syarikat pembekalan air bersepadu di negeri itu memaklumkan selain kawasan perindustrian dan taman perumahan, kawasan terjejas termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut Marin, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Taman Tema Legoland dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Azman Jantan menerusi kenyataan berasingan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 2.57 petang.
"Seramai 12 anggota termasuk pegawai dari BBP Kota Tinggi bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian. Didapati berlaku kebakaran dua unit transformers kira-kira 80 peratus setiap satu.
"Kebakaran mengakibatkan kesan jelaga pada bilik tersebut. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada 4.45 petang, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Johor
#kebakaran
#loji rawatan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan