NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Bantuan persekolahan YIDE disalur Isnin - Amirudin

Menurut Amirudin, bantuan itu disumbangkan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan persekolahan kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya yang akan mula bersekolah pada Isnin ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan persekolahan kepada anak-anak mangsa kebakaran di Putra Heights melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
- Kementerian Pendidikan turut mengumumkan sumbangan RM1,000 kepada guru dan murid yang terjejas akibat insiden tersebut.
- Kerajaan negeri komited membantu keluarga mangsa yang dirawat di hospital akibat kesan sampingan insiden kebakaran.
Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengumumkan sumbangan RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas akibat insiden kebakaran berkenaan.
Sementara itu, Amirudin berkata susulan lawatannya terhadap seorang mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam, kerajaan negeri turut komited untuk membantu meringankan beban keluarga lelaki berkenaan.
Beliau berkata mangsa berkenaan memiliki sejarah penyakit asma dan keadaan kesihatannya diburukkan lagi dengan kesan sampingan akibat insiden terbabit.
"Isteri mangsa masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, manakala lapan lagi ahli keluarganya berada dalam keadaan selamat.
"Saya percaya dua mangsa ini kita akan dapat lihat keperluan sokongan akan diberikan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami