[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Kebakaran gas Putra Heights: Bekalan elektrik, telekomunikasi dijangka pulih Jumaat ini

Khalis Khadir 08/04/2025 | 07:40 MYT
Izham (tengah) berkata, kerja penyelarasan sedang giat dijalankan melibatkan TNB dan TM. -Astro AWANI
SUBANG JAYA: Bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.

Ringkasan AI
  • Bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.
  • Kerja penyelarasan sedang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM), dengan sambungan utiliti dilakukan hanya untuk rumah yang selamat dan mempunyai sistem pendawaian dalaman yang baik.
  • Bagi rumah yang mengalami kerosakan serius, sambungan utiliti tidak akan dilakukan sehingga struktur kediaman dipastikan selamat.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, kerja penyelarasan sedang giat dijalankan melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).
“Bekalan elektrik akan disambung sehingga ke meter rumah, kemudian safety fuse akan dicabut buat sementara waktu sehingga tuan rumah bersedia untuk masuk semula.
“Bagi rumah yang masih selamat dan mempunyai sistem pendawaian dalaman yang baik, sambungan akan dilakukan.
"Tapi kalau kerosakan serius seperti pada metering atau papan suis (switch board), memang tak boleh sambung lagi.
“TM juga memaklumkan, menjelang Jumaat ini semua perkhidmatan Unifi akan kembali berfungsi,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Selasa.
Jelasnya lagi, bagi rumah yang mengalami kerosakan sepenuhnya, sambungan utiliti tidak akan dilakukan sehingga struktur kediaman dipastikan selamat.
#kebakaran paip gas #Putra Heights #bekalan elektrik #perkhidmatan telekomunikasi #TNB #Telekom Malaysia