NATIONAL

Kebakaran gas Putra Heights: Gotong-royong mega diadakan Sabtu, Ahad ini

Umavathi Ramayah 10/04/2025 | 10:42 MYT
Hussein Omar (kiri) bercakap ketika sidang media mengenai perkembangan terkini kejadian kebakaran melibatkan saluran paip gas di Putra Heights hari ini. -- Foto Bernama
SUBANG JAYA: Satu gotong-royong mega dianjurkan kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada Sabtu dan Ahad ini bagi membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights, di sini.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Selangor dan MBSJ menganjurkan gotong-royong mega pada Sabtu dan Ahad ini untuk membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights.
  • NGO dan sukarelawan dipelawa untuk turut serta dalam kerja-kerja pembersihan, tetapi perlu mendaftar terlebih dahulu melalui Selangor Volunteers.
  • Akses hanya terhad kepada kawasan perumahan dan bukan di kawasan kawah tempat kebakaran berlaku.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dipelawa untuk turut serta dalam kerja-kerja pembersihan tersebut.

Kerajaan negeri dan MBSJ telah mengambil inisiatif itu bagi memastikan pembersihan lebih teliti dijalankan, termasuk di kawasan sekitar rumah yang terjejas.

Gotong-royong mega pada Sabtu, Ahad ini kecuali kawasan 'Ground Zero' - KP Selangor


Namun, beliau menegaskan, semua yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu melalui Selangor Volunteers di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Hanya mereka yang telah mendaftar akan dibenarkan masuk untuk menyertai aktiviti gotong-royong ini," katanya pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights, di sini pada Khamis

Hussein turut menjelaskan bahawa akses hanya terhad kepada kawasan perumahan dan bukannya di kawasan kawah tempat kebakaran berlaku.



#kebakaran paip gas #Putra Heights #goto royong mega #Hussein Omar Khan #terkini