NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Insiden jejas perkhidmatan saluran paip di zon tengah - Petronas Gas
Petronas Gas akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan syarikat pengangkutan untuk melaksanakan langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan dan pemulihan perkhidmatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) berkata insiden kebakaran di saluran paip gas utama di Putra Heights, berhampiran Puchong, Selangor telah menjejaskan perkhidmatan saluran paip di sekitar zon tengah.
Ringkasan AI
- Insiden kebakaran di saluran paip gas utama di Putra Heights telah menjejaskan perkhidmatan saluran paip di sekitar zon tengah, termasuk Shah Alam, Klang, Puchong, dan Batu Tiga.
- Petronas Gas Bhd (PGB) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan syarikat pengangkutan untuk melaksanakan langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan dan pemulihan perkhidmatan.
- PGB hanya akan menyediakan maklumat kesan kewangan yang lengkap selepas siasatan selesai, dijangka pada Mei 2025.
Ia melibatkan kawasan termasuk Shah Alam, Klang, Puchong dan Batu Tiga iaitu kira-kira 7.0 peratus daripada jumlah isi padu komitmen penghantaran kepada pelanggannya.
Justeru, katanya, bagi menangani isu operasi dan sehingga operasi dapat diteruskan sepenuhnya, PGB akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan syarikat pengangkutan dalam melaksanakan pelbagai langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan bekalan serta pemulihan perkhidmatan saluran paipnya di kawasan terjejas.
"Syarikat ingin menjelaskan bahawa ia hanya boleh menyediakan maklumat kesan kewangan yang lengkap berhubung insiden itu selepas siasatan mengenainya selesai, yang dijangka pada Mei 2025," kata PGB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
#kebakaran gas
#Putra Heights
#jejaskan perkhidmatan saluran paip
#Petronas Gas
#zon tengah
#terkini