NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Kampung Kuala Sungai Baru musnah sepenuhnya
Keadaan salah sebuah kediaman yang musnah teruk akibat insiden letupan dan kebakaran paip gas dua hari lalu. - Astro AWANI/Shafiqa Azami
SUBANG JAYA: Situasi terkini di Kampung Kuala Sungai Baru disifatkan musnah sepenuhnya akibat insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights yang berlaku pada Selasa lalu.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI, meskipun insiden kejadian itu telah berlalu dua hari, kesan kebakaran besar jelas dirasai apabila melihat sisa harta benda awam dan persendirian yang rentung serta rosak.
Pelbagai material bahan yang terbakar hangus, sama ada dari struktur kediaman, barangan mahupun kenderaan, turut meninggalkan bau hangit yang belum menunjukkan tanda mereda.
Kemusnahan landskap hijau yang ditambah dengan bahang panas dan berdebu sewaktu tinjauan membuatkan sesiapa sahaja di kawasan itu berasa tidak selesa. Situasi berkenaan seolah-olah mengimbas bayangan 'ngeri' pada realiti berganda pada hari kejadian apabila suhu persekitaran akibat kebakaran itu dilaporkan mencecah 1,000 darjah Celsius.
Turut kelihatan di lokasi, beberapa agensi seperti kakitangan Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada di lokasi insiden tersebut.
Beberapa lorong turut dikawal oleh Anggota Polis Diraja Malaysia terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota biasa serta APM mengawal lalu lintas keluar masuk di kawasan kampung.
Keadaan terkini di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong yang bersempadan dengan Taman Mutiara dilihat musnah sepenuhnya dengan 39 buah rumah yang musnah dan hampir 147 keluarga menetap di pusat pemindahan sementara (PPS).
Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan seramai 630 mangsa daripada 157 keluarga berada di dua lokasi PPS iaitu Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna Camelia.