MALAYSIA
Kebakaran gas Putra Heights: KPT kerah seluruh kepakaran bantu mahasiswa terjejas - Zambry
Zambry ditemui media selepas melawat mangsa kebakaran saluran paip di Pusat Pemindahan Sementara Masjid Putra Heights hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengerahkan seluruh kepakarannya bagi membantu mangsa yang terjejas dengan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya Selasa lepas.
Ringkasan AI
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya menyediakan khidmat dalam bentuk perubatan, kaunseling dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.
"Kita telah mengambil langkah segera dengan menghantar sebuah pasukan di bawah KPT, termasuk pasukan perubatan dari universiti-universiti yang mempunyai hospital.
"KPT juga menghantar pasukan psikologi untuk membantu mereka yang menghadapi trauma, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak. Selain itu, kita turut menghantar sukarelawan dari Siswa MADANI yang dihimpunkan dari pelbagai universiti seluruh negara," katanya ketika ditemui selepas melawat PPS di Masjid Putra Heights hari ini.
Zambry berkata KPT turut mengenal pasti pelajar-pelajar yang terjejas dalam insiden tersebut dan menyalurkan bantuan bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian.
Antara bantuan yang disalurkan termasuk wang tunai, kemudahan komputer, dan kelonggaran dalam urusan pendaftaran.
"Setakat ini, kita mempunyai sembilan pelajar yang terlibat. Kami bersiap sedia untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan.
"Ini bukan hanya dalam bentuk wang tunai, tetapi pendaftaran mereka pada Isnin nanti juga boleh dilonggarkan sekiranya terdapat kesulitan untuk mereka bergerak. Saya sudah maklumkan kepada pihak universiti supaya tempoh pendaftaran mereka dapat dilanjutkan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, berkata pihak kementerian akan memberikan bantuan sewajarnya kepada staf kementerian yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
Setakat ini, dua orang warga Kementerian Belia dan Sukan telah dikenal pasti, dan kedua-duanya akan diberikan kelonggaran waktu bekerja, katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPT menyediakan bantuan perubatan, kaunseling, dan kemanusiaan kepada mangsa kebakaran di Putra Heights.
- Pelajar yang terjejas akan menerima bantuan termasuk wang tunai, kemudahan komputer, dan kelonggaran pendaftaran.
- Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan kelonggaran waktu bekerja kepada staf yang terlibat dalam kebakaran.