NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Laporan penuh mungkin pertengahan Mei, lewat dari jangkaan awal - MB
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kelewatan berlaku kerana keadaan tanah masih terlalu rapuh dan tidak selamat untuk dimasuki pasukan penyiasat. - Gambar fail
SUBANG JAYA: Laporan lengkap berhubung insiden kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, minggu lalu dijangka diperoleh pertengahan Mei depan, lebih lewat dari jangkaan awal, disebabkan keadaan cuaca serta faktor kestabilan tanah di lokasi kejadian.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan awal sepatutnya diperoleh dalam tempoh dua minggu pertama selepas kejadian, namun kelewatan berlaku kerana keadaan tanah masih terlalu rapuh dan tidak selamat untuk dimasuki pasukan penyiasat.
"Pasukan teknikal menjangkakan hanya pada pertengahan bulan Mei nanti barulah mereka dapat mengemukakan satu bukti atau kesimpulan yang konkrit berhubung punca kejadian.
"(Ketika ini) tanah masih tidak stabil, terlalu rapuh, kalau terpijak pun boleh menyebabkan terjatuh.
"Sebab itu pasukan siasatan belum dapat turun ke lokasi sehingga ia benar-benar selamat," katanya pada sidang media selepas penyampaian bantuan persekolahan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, laporan awal siasatan teknikal punca kebakaran dan letupan saluran gas dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh hanya dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dua minggu selepas itu.
Letupan berkenaan melibatkan satu daripada tiga saluran gas asli di situ, menghasilkan satu kawah besar yang mempunyai kedalaman lebih kurang lapan meter dengan lebar 70 meter.