awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Nga akan bertemu PM bincang nasib mangsa

Seth Akmal
Seth Akmal
07/04/2025
02:30 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Nga akan bertemu PM bincang nasib mangsa
Nga berucap merasmikan Persidangan Tahunan Projek Rumah Mampu Milik di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai Insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada Selasa lepas.
Menurut Nga, pertemuan pada jam 11 ini bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu mangsa yang terkesan akibat insiden tersebut.
“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk berbincang tentang fomula terbaik untuk membantu mangsa.
“Apabila ada keputusan, kami akan segera membuat pengumuman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Projek Perumahan Mampu Milik ke-14 di sini hari ini.
Mengulas mengenai ketidakhadirannya sama ada di lokasi insiden atau pusat pemindahan sementara di Subang Jaya, Nga berkata dia enggan melayan kritikan tersebut.
“Sebenarnya tidak perlu kita layan, kita lihat yang penting adalah selesaikan masalah rakyat
“Kita lihat semua kementerian menyalurkan bantuan dan saya sedang fokus untuk mencari penyelesaian,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#Putra Heights
#kebakaran paip gas
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan