NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Pemilik rumah musnah sepenuhnya diberi bantuan RM10,000 - MB

Amirudin (dua, kiri) berkata, mereka akan menerima RM5,000 daripada Petronas yang diurus selia oleh kerajaan negeri dan tambahan RM5,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan. -Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan sehingga RM10,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah sepenuhnya akibat insiden kebakaran paip gas di Putra Heights.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan sehingga RM10,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah sepenuhnya akibat kebakaran paip gas di Putra Heights.
- Penduduk yang rumah mereka terkesan tetapi tidak musnah sepenuhnya akan menerima bantuan minimum sebanyak RM5,000.
- Proses pengagihan bantuan kepada 613 isi rumah yang terjejas akan dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai selewat-lewatnya Jumaat ini.
"Terima kasih Kerajaan Persekutuan dan Petronas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, pada Isnin.
Katanya, proses pengagihan kepada 613 isi rumah yang terjejas dibuat secara berperingkat dengan setiap penerima akan dipanggil secara individu oleh Jawatankuasa Bencana bagi mengesahkan kelayakan mereka.
“Pihak Jawatankuasa Bencana akan panggil mereka seorang demi seorang dan proses ini dijangka selesai selewat-lewatnya Jumaat ini,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami