NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Rumah sewa harga berpatutan akan ditawar untuk mangsa - Amirudin
Datuk Seri Amirudin Shari berkata berita baik itu yang mungkin termasuk pengecualian deposit, bakal ditawarkan kepada mangsa yang terjejas dalam satu taklimat pada Isnin depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan menerima tawaran rumah sewa dengan harga berpatutan daripada pemaju, Sime Darby Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata berita baik itu yang mungkin termasuk pengecualian deposit, bakal ditawarkan kepada mangsa yang terjejas dalam satu taklimat pada Isnin depan.
Dalam masa beberapa hari ini, perbincangan lanjut akan dijalankan beliau dengan pihak berkaitan untuk memperincikan tawaran tersebut.
"Tawaran kita untuk mengambil rumah sewa ini, mungkin di sana kita tidak memerlukan deposit two plus one, mungkin depositnya boleh diletakkan sebulan, ataupun tidak perlu deposit dan mereka boleh masuk," ujarnya selepas menghadiri satu sesi temu bual khas bersama Astro AWANI.
Tawaran itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan mangsa menghadapi situasi sukar apabila perlu membayar deposit dua hingga tiga bulan dalam usaha mencari rumah sewa.
Ia dilihat membebankan kewangan mangsa yang baru ditimpa musibah serta menanggung kerosakan harta benda, meskipun banyak bantuan disalurkan kerajaan Persekutuan dan negeri.
Isu tersebut dimaklumkan Saifuddin Nasution ketika beliau melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada Khamis.
Selain itu, Amiruddin memberitahu gotong-royong mega akan dilaksanakan pada hujung minggu ini, melibatkan sukarelawan daripada pelbagai agensi, dan dijangka 80 hingga 90 peratus kawasan yang terkesan akan dapat dibersihkan.