Ringkasan AI
- Malaysia menawarkan bantuan pesawat, helikopter dan 50 anggota kepada Indonesia untuk memadam kebakaran hutan, menunggu persetujuan rasmi negara tersebut.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengenai bantuan, yang mencerminkan komitmen Malaysia membantu negara jiran.
- Kerajaan turut memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut dan banjir, termasuk pengoptimuman sistem amaran awal untuk pemindahan mangsa.
KUALA LUMPUR: Malaysia menawarkan bantuan berupa sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan kira-kira 50 anggota bagi membantu Indonesia memadam kebakaran hutan, namun pelaksanaan misi itu masih menunggu persetujuan rasmi negara berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia bersiap sedia untuk menggerakkan aset dan anggota berkenaan, sebaik menerima persetujuan tersebut.
Beliau berkata walaupun jumlah bantuan itu kecil berbanding keseluruhan kekuatan pemadaman kebakaran di Indonesia, ia mencerminkan komitmen Malaysia untuk membantu negara jiran itu.
“Bantuan kita sekecil mana pun merupakan satu gesture (isyarat) yang baik untuk membantu negara jiran yang terdekat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menghubungi Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengenai perkara ini.
“Kita komited untuk meneruskan bantuan ini bagi menangani masalah jerebu yang akhirnya sampai ke Malaysia, Singapura, Timor-Leste dan Indonesia sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Road Safety Congress (RSC) 2026 di sini hari ini.
Terdahulu, Malaysia menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama dengan agensi keselamatan lain, menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah serta masalah jerebu.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dilapor telah meluluskan tawaran bantuan asing, bagi menangani krisis berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan ancaman banjir selepas isu jerebu selesai.
Beliau berkata kerajaan mahu memastikan mangsa banjir dapat dipindahkan lebih awal, melalui pengoptimuman penggunaan sistem amaran awal yang sedang dilaksanakan.
“Kesiapsiagaan ini akan diteruskan dan kita berterima kasih kerana ia turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain jabatan dan agensi kerajaan.
“Dua minggu lepas, kita telah mengadakan Bulan Kesiapsiagaan peringkat nasional di Ipoh, yang berjalan dengan baik dan kita berharap kejadian banjir pada kali ini dapat dikurangkan,” katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah bentuk bantuan yang ditawarkan Malaysia kepada Indonesia untuk memadam kebakaran hutan?
A: Malaysia menawarkan sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan kira-kira 50 anggota untuk membantu Indonesia memadam kebakaran hutan. - Q: Apakah status pelaksanaan misi bantuan Malaysia ke Indonesia?
A: Pelaksanaan misi bantuan masih menunggu persetujuan rasmi daripada pihak Indonesia. - Q: Siapakah yang telah dihubungi oleh Perdana Menteri Malaysia berkaitan bantuan ini?
A: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengenai bantuan tersebut. - Q: Apakah tindakan kerajaan Malaysia selepas isu jerebu selesai?
A: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut dan ancaman banjir, termasuk memastikan mangsa banjir dapat dipindahkan lebih awal melalui sistem amaran awal. - Q: Agensi manakah yang terlibat dalam menawarkan bantuan kepada Indonesia?
A: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi keselamatan lain terlibat dalam menawarkan bantuan kepada Indonesia.