awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah

Bernama
Bernama
10/01/2025
00:00 MYT
Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah
Anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran hutan berhampiran kawasan perumahan Pacific Palisades di Los Angeles, California, 9 Jan 2025. REUTERS
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.
Dalam catatan Facebook semalam, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
"Malaysia berdiri dalam solidariti bersama-sama rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini.
"Ingatan kami ialah kepada komuniti yang terjejas akibat krisis ini, serta perkhidmatan kecemasan yang dengan penuh berani berusaha melawan kebakaran itu," kata beliau.
Terdahulu, dilaporkan kebakaran hutan yang dahsyat didorong angin ribut yang kuat dan keadaan kering, telah merebak dengan pantas di bahagian utara dan barat laut Los Angeles pada Rabu, meragut lima nyawa dan menyebabkan ribuan rumah, perniagaan dan struktur lain terbakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Los Angeles
#Anwar Ibrahim
#California
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan