Skip to main content

Malaysia

Kebakaran kawasan setinggan rumah atas air di Kampung Numbak awal pagi hari ini

KOTA KINABALU - Dua ditemukan rentung manakala seorang lagi hilang dalam kejadian kebakaran melibatkan kira-kira 200 rumah atas air melibatkan tiga kampung di sini pada awal pagi Ahad._Sinar Harian
Keadaan rumah yang terbakar di kawasan Kampung Numbak, Kota Kinabalu. - Foto Bomba
Advertisement

KOTA KINABALU: Kebakaran melibatkan rumah setinggan atas air berlaku di Kampung Numbak, di sini awal pagi ini, namun jumlah rumah terlibat belum dapat dipastikan berikutan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi sebelum jentera tiba di lokasi pada 1.58 pagi.

“Sebanyak 39 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Penampang, digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman,” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM, pasukan bomba kini menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran dengan empat pancutan air dengan menggunakan sumber air daripada jentera bomba.

“Operasi pemadaman masih giat dijalankan dan maklumat lanjut mengenai kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement