ALOR SETAR: Percikan api di sebuah rumah yang disangkakan mengalami kebakaran membongkar kegiatan sindiket melombong mata wang digital Bitcoin haram di Taman Flora, di sini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu rumah berkenaan jam 11 malam Khamis.
“Serbuan itu dilakukan susulan laporan diterima daripada orang awam selepas mendapati bekalan elektrik terputus di kawasan perumahan mereka.
"Orang awam ternampak percikan api di dalam rumah itu dan berasa curiga kerana panggilan mereka tidak disahut lalu penduduk bertindak menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Sebaik pekerja TNB dan polis tiba, pemeriksaan mendapati bekalan elektrik terputus berpunca akibat mesin bitcoin mining yang dipasang secara tidak betul di dalam bilik tingkat bawah rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan dalam rumah itu kemudian menemui empat lelaki berusia 16 hingga 41 tahun sedang bersembunyi di tingkat atas.
Beliau berkata, keempat-empat suspek ditahan direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan semua peralatan terbabit dirampas.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jul 02 2021

Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan semua peralatan terbabit dirampas. - Gambar/ PDRM

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko berlaku kebakaran
JBPM bersedia dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset.

Mangsa kebakaran terima sumbangan rumah dari Pharmaniaga, UAC
Projek pembinaan rumah yang menelan belanja RM80,000 itu dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

27 maut, puluhan cedera bangunan empat tingkat terbakar
Bangunan berkenaan kebanyakannya mempunyai kedai-kedai dan terletak di Mundka di barat New Delhi.

JBPM N.Sembilan terima 119 panggilan kecemasan sepanjang Op Aidilfitri
33 panggilan membabitkan kebakaran dan 86 panggilan berhubung penyelamatan dan khidmat kemanusiaan.

Unit pangsapuri Desa Mentari terbakar 80 peratus, 4 sekeluarga nyaris maut
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.26 pagi dan penghuni rumah ketika itu iaitu seorang wanita bersama ibu dan dua orang anak berjaya dikeluarkan sebelum api marak.

Pelukan terakhir anak OKU sebelum maut dalam kebakaran
Ketika kejadian, anaknya yang tinggal sendirian di rumah manakala dia bekerja di salah sebuah pasar mini berdekatan.

Remaja OKU ditemukan maut dalam kebakaran di pangsapuri
Mangsa berusia 18 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap dan melecur pada bahagian belakang badan di dalam bilik tidur rumahnya.

Tukang masak melecur, rakan cedera dapur hotel terbakar
Menurut laporan, kebakaran dapur akibat daripada kebocoran gas memasak dan api berjaya dipadamkan pekerja hotel berkenaan.

Dua lelaki ditahan dipercayai baling 'molotov cocktail'
Semakan lampau turut mendapati kedua-dua suspek turut mempunyai rekod bersabit kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Corong 'sewer' Stesen Janakuasa Janamanjung terbakar 20 peratus
Insiden kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan struktur.