MALAYSIA
Kebakaran Kg Bagan Pasir Laut: Kerajaan bantu bina semula rumah terjejas - TPM
Ahmad Zahid meninjau lokasi kejadian dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di sini hari ini. - Foto FB Zahid Hamidi
BAGAN DATUK: Kerajaan akan menyalurkan bantuan sewajarnya bagi membolehkan mangsa kebakaran di Kampung Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang di sini Ahad lepas, membina semula kediaman mereka yang musnah.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 21 ketua isi rumah (KIR) dan beberapa pemilik premis rumah kedai dikenal pasti layak menerima bantuan tersebut selepas bancian dibuat.
"Peruntukan yang sedia ada kira-kira RM86,000 bagi satu unit rumah.
"Hari ini, jabatan, agensi, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan telah memberikan sumbangan RM10,000 bagi satu keluarga, selain persatuan agama Buddha di sini juga menyerahkan bantuan RM100,000 untuk tambahan kepada semua mangsa," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian dan penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran di sini hari ini.
Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM3,000 kepada setiap KIR terjejas.
Sabtu lepas 21 rumah, beberapa premis rumah kedai dan sebuah tokong di Kampung Bagan Pasir Laut, musnah dalam kebakaran pada kira-kira 4 pagi.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan melalui agensi berkaitan juga akan menyelaraskan bagi pengeluaran geran kepada semua KIR terlibat bagi membolehkan mereka membina semula rumah di atas tanah berstatus Lesen Pendudukan Sementara (TOL) itu.
Beliau berkata Kampung Bagan Pasir Laut adalah sebuah perkampungan nelayan berusia kira-kira 140 tahun yang mempunyai 149 rumah dan sejumlah premis perniagaan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata bagi tokong yang terjejas, seorang individu telah memberikan persetujuan memberikan sumbangan bagi membina semula rumah ibadat berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan akan membina semula 21 rumah yang musnah dalam kebakaran, dengan peruntukan sedia ada sebanyak RM86,000 bagi setiap unit rumah. Proses meratakan tanah dijangka bermula dalam tempoh sebulan.
- Setiap keluarga terjejas menerima bantuan tunai RM10,000, termasuk sumbangan peribadi RM3,000 daripada TPM Ahmad Zahid dan RM100,000 daripada Persekutuan Agama Buddha Tantrayana Chen Foh Chong Malaysia untuk diagihkan kepada semua mangsa.
- Kerajaan akan menyelaras pengeluaran geran TOL kepada semua ketua isi rumah, bagi membolehkan pembinaan semula rumah di atas tanah yang sah. Sebuah tokong yang turut musnah akan dibina semula hasil sumbangan individu persendirian.