[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Kebakaran paip gas: Api semakin reda setakat 1.55 petang - KP Bomba

Bernama 01/04/2025 | 07:20 MYT
Kebakaran saluran paip gas di Putra Heights semakin reda dan radius kebakaran berkurangan. -JBPM
KUALA LUMPUR: Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya semakin reda setakat 1.55 petang ini.

Ringkasan AI
  • Kebakaran saluran paip gas di Putra Heights semakin reda dan radius kebakaran berkurangan.
  • 112 mangsa dan 49 rumah terjejas, dengan mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
  • 49 mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata radius kebakaran juga berkurangan setakat waktu sama.
Beliau berkata pihaknya masih memantau di lokasi kejadian.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.
Beliau berkata 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.
Mengulas mengenai dakwaan kejadian itu berpunca daripada kerja-kerja mengorek berdekatan saluran paip berkenaan, Nor Hisham berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kebakaran.
"Saya rasa agak awal untuk kita beri kenyataan (berhubung punca kejadian) jadi siasatan akan kita laksanakan diketuai polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan agensi berkaitan.
"Apabila selesai siasatan, kita akan maklumkan punca kejadian. Buat masa ini benyak kenyataan daripada pelbagai pihak tapi kita tidak dapat buat pengesahan awal," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
#kebakaran paip gas #Putra Heights #Kuil Sri Maha Kaliamman #Jalan Putra Harmoni