NATIONAL
Kebakaran paip gas: Beberapa kediaman di Kampung Sungai Baru turut terjejas - SSOC

Beberapa kediaman di Kampung Sungai Baru yang berhampiran dengan lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi tadi, turut terbakar. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa kediaman di Kampung Sungai Baru yang berhampiran dengan lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi tadi, turut terbakar.
Ringkasan AI
- Beberapa kediaman di Kampung Sungai Baru turut terbakar akibat kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights.
- Mangsa yang diselamatkan dibawa ke pusat penempatan sementara, dengan beberapa mangsa melecur menunggu rawatan.
- SSOC dan JBPM sedang giat menjalankan operasi menyelamat dan memantau situasi, dengan tujuh mangsa telah diselamatkan.
SSOC menyatakan mangsa yang telah diselamatkan dibawa ke pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Height.
"Terdapat beberapa mangsa yang melecur dan menunggu ambulans untuk mendapatkan rawatan. Buat masa ini, pihak masjid sedang membantu mangsa.
"SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku. SSOC juga akan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
SSOC memberitahu menurut pihak berkuasa, stesen minyak Petronas berdekatan tidak terbakar dalam kejadian itu kerana kebakaran hanya melibatkan saluran gas utama serta saluran itu telah ditutup dan api akan padam sepenuhnya apabila gas di saluran itu habis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail berkata kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter.
Beliau berkata berkata sebanyak tujuh mangsa diselamatkan dalam kejadian terbabit dan operasi pemadaman masih dilakukan hingga kini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami